Pengguna Berdaftar
Zara Zya tekun dalam niaga dan lakon, walau hidap barah
Dulu niaga kambing perap bakar di bazar Ramadan, kini pelakon drama, ‘Mencari Isteri Sempurna’, jual koleksi baju kurung
Mar 13, 2026 | 5:30 AM
Pelakon Zara Zya, memperkenalkan koleksi baju kurung terkini semasa acara dagangan ‘Celebfest Ramadan 2026’ di Pusat Konvensyen dan Pameran Suntec, pada 28 Februari, di samping menjual barang makanan seperti kuih gunting dan sambal hijau ikan bilis, hasil air tangan sendiri. - Foto BH oleh AININ ALFIYANI JAILANI
Walaupun berdepan cabaran kesihatan, pelakon wanita dari seberang, Zara Zya, tetap kekal aktif dalam dunia lakonan dan perniagaan.
Pada 2025, Zara, atau nama sebenarnya, Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 40 tahun, berkongsi bahawa beliau disahkan menghidap renal cell carcinoma, atau sel barah buah pinggang tahap satu.
Laporan berkaitan
Puteri Sarah buka lembaran baru, fokus perkara positif pada 2026Jan 12, 2026 | 1:29 PM
Zara Zya hidap barah buah pinggang tahap satuJan 2, 2026 | 6:21 PM

