Topik diikuti
Pergi ke BHkuHidangan istimewa tarikan Maybank Hawker Fiesta 2026
Acara satu hari tawar hidangan jarang dijumpa termasuk soto ayam sejuk, sate dengan sos nanas
Hidangan istimewa tarikan Maybank Hawker Fiesta 2026
Pengunjung berpeluang menikmati pelbagai hidangan istimewa yang jarang ditawarkan menerusi acara penjaja yang diberi nama Maybank Hawker Fiesta 2026, anjuran pusat penjaja, Makansutra Gluttons Bay dan Maybank pada 21 November.
Antara tarikannya ialah hawawshi iaitu hidangan asal Mesir yang merupakan roti rangup berinti daging berempah dari Noah’s Bazaar.
Syifa’s Satay pula menawarkan sate ayam dan lembu bersama sos nanas yang memberikan rasa masam menyegarkan, meskipun kuah kacang tradisional masih menjadi pilihan.
Soto ayam sejuk yang disajikan pula agak luar biasa dan mungkin kurang serasi dengan selera sesetengah pengunjung.
Sementara itu, hidangan Seekh Kebab Hotdog dari gerai Kebab Karahi menyerlah dengan rasa rempah yang seimbang, manakala pempek (sejenis kek ikan dari Indonesia) dari Indo Rasa memikat selera dengan teksturnya yang kenyal dan enak.
Acara ini berlangsung pada 21 November, dari 6 petang hingga 11 malam, di Makansutra Gluttons Bay, 8 Raffles Avenue, #01-15 Esplanade Mall.
Kemasukan adalah percuma, dengan pengunjung hanya perlu membayar bagi hidangan yang dibeli.
Pemegang kad Maybank turut menikmati potongan harga 10 peratus bagi semua hidangan.