Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Hidangan selatan Italy hidupkan legasi arwah suami

Sep 09, 2023 | 05:30 AM



Pengalaman yang nyaman, mesra dan santai menyambut pelanggan apabila mereka melangkah ke Porta Porta Italian Restaurant.







Suasana itu mungkin membuatkan ramai pelanggan berasa seolah-olah mereka sedang menjamu selera di rumah keluarga atau di restoran sederhana di selatan Italy.

Perjalanan Porta Porta bermula apabila pemilik, Cik Rozianah Baharudin, kini 62 tahun, mengikuti suaminya, Encik Antonino Laino ke Carrara, bandar di Tuscany selama lima tahun.

“Saya bukanlah seorang yang mahir dalam menyediakan masakan Melayu tetapi saya mula belajar masak makanan Italy dengan memerhati suami dan ibu mentua saya setiap kali mereka berada di dapur.

“Sejak itu, saya akan meminta resipi dan masak hidangan di rumah di mana suami saya akan mengkritik hidangan yang saya sediakan.

“Dari situ, pengetahuan saya mula berkembang untuk menyajikan hidangan Italy yang enak dan bermutu,” kongsi Cik Rozianah di restorannya yang terletak di 32 Jalan Pari Burong berdekatan Simpang Bedok.

Porta Porta bermula pada 1993 sebagai perniagaan katering.

Secara beransur-ansur, ramai pelanggan setia meminta Cik Rozianah untuk membuka restoran Italy.

“Kami menyajikan masakan asli selatan Italy di mana kami banyak menggunakan bahan seperti bawang putih, tomato dan minyak zaitun dengan sedikit cili. Sejak kebelakangan ini, semakin ramai yang gemar sos berasaskan krim,” kata Cik Rozianah.

Keunikan restoran itu yang membezakan mereka dengan yang lain adalah hidangan yang disediakan dengan penuh kasih sayang dan menjadikan pengalaman menjamu selera terasa seperti di rumah.

“Ramai pelanggan saya datang daripada latar belakang pelbagai etnik dan juga orang Italy. Mereka menganggap makanan yang saya hidangkan sebagai ‘comfort food’ (makanan penenang). Itu adalah salah satu pujian terhebat yang saya terima.”

Falsafah masakan beliau yang telah membantu perniagaan itu untuk bertahan dengan jayanya selama 30 tahun adalah sikap murah hati serta tidak lokek bahan bermutu.

Dengan teknik dan keghairahan memasak yang betul, ia akan meninggalkan kesan berpanjangan kepada pelanggan, kata Cik Rozianah.

Salah satu daripada banyak hidangan popular yang benar-benar menggambarkan masakan selatan Italy ialah Farfalle Con Salsa Di Gamberi, pasta bentuk rama-rama yang dihidangkan dengan sos krim udang dan Spaghetti Di Pesce, spageti dengan kerang, udang dan sotong.


“Baru-baru ini Panna Cotta saya, iaitu puding krim dengan sos buah-buahan, telah mendapat sambutan yang menakjubkan dalam kalangan pelanggan,” kongsi Cik Rozianah sambil ketawa.


Walaupun beliau menjual pencuci mulut di restorannya, Cik Rozianah tidak lokek ilmu dan bermurah hati demi berkongsi resipinya di TikTok yang disambut baik pengikut yang mahu menghasilkan pencuci mulut itu sendiri di rumah.

Dengan hasrat untuk meneruskan legasi arwah suaminya yang meninggal dunia pada 2009, Cik Rozianah bertekad untuk terus menghidupkan perniagaan itu dan kekal membuka pintu restoran itu kepada pelanggan.


Kecintaan dan keaslian masakannya dapat dirasakan dalam setiap hidangan. – DAHLIA ZULKIFLI




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >