Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Hirup udara segar desa ‘permata’ di Eropah

Jul 09, 2023 | 05:30 AM



London, Paris dan Rome merupakan kota idaman ramai yang ingin dikunjungi sekurang-kurangnya sekali dalam hidup. Bagaimanapun, tahukah anda ada ‘permata’ yang tersembunyi di kawasan desa Eropah sedang anda sibuk mengidamkan kedamaian di kawasan bandar?

Berikut adalah tiga tempat yang boleh anda kunjungi dalam sektor pelancongan desa yang fokus pada usaha memancing pelancong mengalami sendiri gaya hidup seperti orang kampung Eropah. Sesetengahnya meliputi pelancongan eko dengan penduduk desa sendiri mengendalikan khidmat menyambut tetamu luar negara dengan penuh keramahan.

MARAMURES, ROMANIA

Bangunan kayu dan gereja usang yang tinggi mahupun paling lama terbina boleh ditemui di Maramures yang letaknya di bahagian utara Romania. Banyak kerja seni yang boleh anda temui di sini. Ingin beli cenderahati? Terdapat permaidani buatan tangan dan beberapa barangan antik yang boleh digunakan sebagai perkakas rumah atau perhiasan sahaja.







ZLATIBOR, SERBIA

Banyak yang ditawarkan Serbia berhubung dengan sektor pelancongan desa. Bagaimanapun, pengunjung yang sering ke sana akan mengusulkan agar pelancong datang ke kawasan pergunungan yang letaknya di bahagian barat Serbia dengan banyak kegiatan gaya hidup sihat boleh dilakukan di sini.

Anda boleh meluncur salji dan menjalankan kegiatan mendaki gunung. Di sini, anda akan menikmati udara segar dan cuaca kawasan pergunungan yang dingin. Terdapat kolam renang dan kemudahan sukan terbuka jika anda menetap di vila, asrama untuk pelancong dan pondok mahupun perkampungan budaya Serbia.

Pelancongan desa di Zlatibor secara rasmi bermula pada 1893 apabila Raja Serbia membangun resort kesihatan di situ disusuli dengan pembinaan tasik bernama King’s Water.







BREST, BELARUS

Belarus terletak di kawasan sempadan bersama Poland dan menawarkan pelbagai khidmat bagi pelancong berasakan kehidupan kampung yang diidam-idamkan. Di sini, anda dapat menghirup udara segar sambil menikmati alam menghijau Belarus dengan memburu, menangkap ikan, menunggang kuda atau berbasikal keliling desa.

Anda juga berpeluang mengunjungi muzium etnografi dan meneroka cara hidup orang Belarus pada zaman silam. Makanan dan minuman tradisional yang disiapkan mengikut resipi orang dahulu tersaji. Anda boleh hasilkan cenderahati sendiri di samping mendengar muzik Belarus, menyaksikan tarian tradisionalnya dan bermain beberapa permainan rakyat.

Ada kebun mesra alam seperti Busljanka yang menawarkan pelbagai kegiatan tradisional, keluarga dan gaya hidup aktif yang boleh dijadikan ruang kediaman.







Beginilah meriahnya pelancongan desa yang kian menarik lebih ramai pelancong dari hutan batu untuk datang berkunjung.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >