Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Hisyam Hamid nafi rumah tangga dilanda badai

Aug 16, 2023 | 02:30 PM



Pelakon asal Singapura, Hisyam Hamid, 38 tahun, menafikan dakwaan perkahwinannya bersama Rosmawati Hanafi atau Mel sedang bergolak.

Hisyam berkata beliau masih melalui fasa kehidupan rumah tangga yang bahagia bersama Mel dan anak-anaknya walaupun keluarganya berjauhan dan menetap di Singapura.

“Setakat ini, alhamdulillah, hubungan kami baik-baik sahaja. Sudah 10 tahun saya di Malaysia dan Mel faham kerjaya saya. Saya sudah berlakon dengan ramai pelakon jauh lebih muda dan ia tidak pernah sekalipun menimbulkan masalah dalaman bagi hubungan saya dengan Mel.

“Kalau cakap ada gosip saya dengan perempuan, setakat ini, tak pernah ada. Jadi, hubungan kami tiada masalah dan saya hanya teruskan kehidupan macam biasa. Kalau siapa yang mengikuti saya pun tahu bagaimana saya sibuk.

“Kadang-kadang nak ada masa untuk diri sendiri pun susah. Bila ada masa lapang, saya luangkan bersama keluarga dan anak-anak. Lepas shooting’, nak pergi makan dengan pelakon lain pun jarang. Saya balik rumah sahaja nak rehat dan luangkan masa dengan keluarga,” katanya kepada Berita Harian Malaysia (BHM) Online.


Tambah pelakon drama Hatimu Sedingin Salju ini, beliau juga memilih untuk tidak banyak berkongsi perihal peribadinya dalam laman sosial berikutan lebih selesa menggunakan platform itu atas dasar kerja.


“Anak-anak di fasa remaja, cabarannya lain sikit. Memang siapa ikuti Instagram Story (IGs), kalau tak kerja memang saya bersama anak. Jadi, kalau nak kata kurang gambar kami bersama, maknanya mereka tak mengikuti saya atau kurang tengok IGs saya.

“Namun, saya akui tidak aktif dalam media sosial. Saya tak tahu, mungkin disebabkan faktor usia dan penat.

“Saya lebih banyak kemas kini untuk kerja. Kalau soal peribadi lebih baik simpan untuk diri sendiri. Anak-anak pun semakin besar. Media sosial adalah platform untuk kerja,” katanya.

Bertanya perancangan membawa anak-anak berpindah ke Malaysia, Hisyam berkata dua anaknya semakin membesar membuatkan mereka memutuskan untuk kekal menetap di Singapura.

“Kalau yang kenal saya tahulah perancangan asal memang saya mahu bawa keluarga berpindah ke Malaysia. Tetapi, saya rasa lebih baik tinggalkan mereka di sana sebab emak saya tak nak datang ke sini.

“Sebab kita faham orang tua sukar nak berpindah ke lokasi tak biasa. Jadi, saya putuskan untuk biarkan anak-anak di Singapura.

“Sekarang anak sulung akan menduduki peperiksaan Sijil Am Pelajaran (GCE) Peringkat ‘O’ seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Malaysia, jadi biarlah fokus dengan pelajaran. Bagaimanapun, bila cuti sekolah mereka akan di sini bersama saya. Mel pun selalunya akan berulang-alik bila rasa ada keperluan,” katanya.

Bercakap soal kerjaya lakonannya, Hisyam bersyukur tetap menerima tawaran tanpa putus dan kini, semakin banyak menjayakan watak berbeza.

“Alhamdulillah, ini sudah masuk tahun ke-10 saya di Malaysia. Kalau nak cakap kepuasan ada lagi beberapa watak saya belum cuba, tetapi saya buat banyak watak yang tak pernah buat, jadi antagonis dan sebagainya, tahun lalu.

“Insya-Allah, saya akan tampil dengan filem dan ada juga watak berbeza yang akan dilakonkan. Sebab saya banyak watak hero yang ‘sweet’. Memang itu yang penonton suka tengok, tetapi sebagai pelakon, kita nak sesuatu yang mencabar dan bermain dengan emosi.

“Diharapkan saya akan dapat lebih banyak karakter berbeza. Ogos ini saya relaks sikit. September sampai hujung tahun saya sudah ada projek,” katanya.

Hisham mendirikan rumah tangga dengan Mel pada 2006. Mereka dikurniakan dua cahaya mata, Nurish Syameliah, 16 tahun, dan Hayden, 14 tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >