Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Hos pameran ekspo meninggal dunia

Oct 19, 2023 | 02:43 PM



Seorang pengacara yang biasa menghiburkan pelawat ke pameran ekspo, Moe Vibes telah meninggal dunia.

Allahyarham Moe Vibes atau nama sebenarnya Mohamed Yussof Taib, 61 tahun meninggal dunia pada 5.43 pagi Khamis, akibat serangan jantung.

Jasad beliau selamat dikebumikan pada 11.40am pagi Khamis.

Ramai kenalannya yang melahirkan rasa sedih di atas pemergiannya, termasuk Encik Rosley Jimain, yang juga seorang pengacara untuk pameran ekspo dan selalu berinteraksi dengannya.

“Ia satu berita yang menyedihkan buat saya sendiri kerana saya sudah lama mengenalinya,” kata Encik Rosley.

Berita tentang pemergiannya dikongsi di media sosial dan tular di Whatsapp.

Syarikat MegaXpress, merupakan antara penganjur yang sering bekerjasama dengan Allahyarham dalam banyak acara pameran ekspo bersama selebriti dalam dan luar negara. Pengurus kanan projek syarikat itu, Encik Mohamad Fazlin Mohd Yusof, 44 tahun berkata:

“Allahyarham menjadi pengacara rasmi bagi kebanyakan pameran MegaXpress International sejak 15 tahun lalu.

“Kami senang bekerjasama dengannya dan beliau juga disenangi pengunjung ke pameran kami.”

Abang Allahyarham, Encik Abdul Rahim Taib, 65 tahun turut bersedih di atas pemergian adiknya itu.

“Memang berita ini sangat mengejutkan. Kami dah lama tidak berjumpa tapi sering berhubung,” tambahnya.

Antara kenalan yang rapat dengannya ialah seorang Cef selebriti Queen Siti atau nama sebenarnya Cik Siti Dzaleha Zainal, 53 tahun berkata berkata beliau akan sentiasa menghargai persahabatan bersama rakannya itu.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri, seorang anak lelaki dan tiga anak perempuan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >