Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Hotel lyf Georgetown Penang perkenal konsep kreativiti dan jalin hubungan

Penulis kongsi pengalaman kali pertama melancong seorang diri
Feb 23, 2025 | 5:30 AM
Muka bangunan hotel lyf Georgetown Penang.
Muka bangunan hotel lyf Georgetown Penang. - – Foto LYF GEORGETOWN PENANG

Saya bukanlah seorang yang sering melancong. Dalam kebanyakan masa, saya lebih suka menghabiskan masa di rumah atau tempat berdekatan rumah.

Namun, baru-baru ini, saya berpeluang mengunjungi Georgetown di Pulau Pinang. Ini juga merupakan kali pertama saya melancong seorang diri.

Saya menginap di lyf Georgetown Penang, hotel yang baru sahaja dibuka oleh The Ascott Limited pada 11 November 2024, dan saya boleh katakan pengalaman ini lebih daripada penginapan biasa.

View post on Instagram
 

Setibanya saya di hotel tersebut, saya sudah merasakan suasana sangat berbeza. Reka bentuk hotel ini moden, santai, dan penuh dengan elemen budaya tempatan.

KEMUDAHAN YANG LENGKAP

Lyf Georgetown Penang adalah ruang ‘co-living’ yang mengutamakan kerjasama dan budaya. Dengan 144 bilik moden dan ruang komuniti yang selesa, ia lebih daripada sekadar tempat menginap – ia juga tempat untuk kreativiti dan berhubung.

Tetamu boleh memilih daripada pelbagai pilihan bilik yang disediakan, termasuk Good for One (Studio), One of a Kind (Studio), Side by Side Plus (Studio Berkembar), Two of a Kind (2-Bilik Tidur), dan All Together (3-Bilik Tidur), sesuai untuk pengembara solo, bersama teman, dan juga kumpulan besar.

Saya menginap di bilik ‘One of a Kind (Studio)’ yang seluas 19 meter persegi, sangat sesuai bagi pengembara solo seperti saya.

Bilik ‘One of a Kind (Studio) di lyf Georgetown Penang.
Bilik ‘One of a Kind (Studio) di lyf Georgetown Penang. - – Foto LYF GEORGETOWN PENANG

Bantal dan tilam di sini sangat empuk dan selesa. Tidur saya sangat nyenyak dan saya bangun dengan rasa segar dan bertenaga.

Bilik saya juga betul-betul berhadapan dengan papan tanda ‘BEST DAY EVER’ di luar.

Namun, yang buat saya jatuh cinta dengan hotel ini bukan hanya biliknya, tetapi kemudahan yang direka untuk tetamu, yang semuanya direka untuk menggalakkan interaksi dan penglibatan sosial.

Antara kemudahan paling menarik perhatian saya adalah BOND Kitchen, sebuah dapur komuniti yang sangat unik. Dapur ini bukan hanya tempat untuk memasak, bahkan tempat tetamu boleh berbual-bual, bertukar resipi dan menikmati makanan bersama.

Bagi mereka yang suka bersenam, terdapat juga BURN Social Gym, sebuah ruang kecergasan yang lengkap dengan pelbagai jenis senaman termasuk ‘treadmill’.

BURN Social Gym yang serba lengkap untuk pelbagai jenis senaman, daripada sesi solo hinggalah kepada senaman komuniti dan aktiviti sosial aktif.
BURN Social Gym yang serba lengkap untuk pelbagai jenis senaman, daripada sesi solo hinggalah kepada senaman komuniti dan aktiviti sosial aktif. - – Foto LYF GEORGETOWN PENANG

Selain itu, hotel itu juga menawarkan DIP Pool. Kolam renang ini dilengkapi dengan tempat duduk empuk dan selesa. Pemandangan dari sini cukup menenangkan.

DIP Pool, di mana para tetamu boleh menyejukkan badan daripada cuaca panas dan bersantai.
DIP Pool, di mana para tetamu boleh menyejukkan badan daripada cuaca panas dan bersantai. - – Foto-foto BM oleh EVA ADRIANA AZMI

Hotel itu turut menyediakan ‘WASH & HANG,’ sebuah ruang dobi berinovatif yang mengubah tugas harian menjadi acara sosial, menggalak tetamu untuk berehat, beramah mesra, dan berhubung sambil melakukan tugas harian.

LOKASI YANG STRATEGIK

Memandangkan lyf Georgetown Penang terletak di kawasan Tapak Warisan Dunia Unesco, saya juga tidak melepaskan peluang untuk mengunjungi Armenian Street.

Kawasan ini terkenal dengan seni jalanannya. Ia menampilkan mural ikonik seperti ‘Little Children on a Bicycle’ oleh Ernest Zacharevic, serta banyak karya seni lain yang menggambarkan budaya dan warisan Pulau Pinang. Tempat ini lebih kurang seperti Haji Lane di Singapura, dengan mural warna-warni di tepi jalan.

Mural ikonik “Little Children on a Bicycle” di Armenian Street.
Mural ikonik “Little Children on a Bicycle” di Armenian Street. - Foto BM oleh EVA ADRIANA AZMI

Di sini juga saya menemui banyak kedai cenderahati yang menarik. Salah satunya ialah Good Express Mart, yang mana saya membeli magnet bertemakan Pulau Pinang untuk keluarga dan rakan sekerja. Harga bagi setiap magnet kira-kira RM3 ($0.9).

Saya juga singgah kedai ‘Georgetown Heritage Chocolate’ dengan saya membeli biskut coklat dan kerepek telur masin. Ia menjadi tempat kegemaran saya untuk membeli cenderahati untuk dibawa pulang.

Selain kedai cenderamata, Armenian Street juga menawarkan banyak tempat menarik untuk membeli pakaian. Saya menemui sebuah kedai bernama ‘Sixth Sense’, yang hanya terdapat di Georgetown Penang.

Mereka menawarkan pelbagai pakaian cantik dalam warna neutral. Selain itu, mereka juga menjual beg tangan yang mengikut trend.

Terdapat juga banyak kafe ‘hipster’ di sini, menjadikan tempat ini sangat sesuai untuk orang muda yang suka bergambar. 

Pastinya percutian ini antara pengalaman menarik yang tidak dapat saya lupakan. Penginapan saya di lyf Georgetown Penang membuat pengalaman saya lebih bermakna.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg