Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Hotel Raffles satu-satunya hotel S’pura dalam senarai ‘50 Hotel Terbaik Dunia 2025’

Nov 5, 2025 | 7:04 PM
Hotel Raffles di Singapura menduduki tempat kelima dalam senarai ‘50 Hotel Terbaik di Dunia 2025’.
Hotel Raffles di Singapura menduduki tempat kelima dalam senarai ‘50 Hotel Terbaik di Dunia 2025’. - Foto RAFFLES SINGAPORE

Hotel Raffles di Singapura telah menaiki satu tangga dalam senarai ‘50 Hotel Terbaik di Dunia’, dari tempat keenam tahun lalu (2024) ke tempat kelima tahun ini (2025).

Dalam pada itu, ia juga merupakan satu-satunya hotel Singapura yang berjaya menempah tempat dalam senarai tersebut.

Majlis penganugerahan berprestij itu, yang diadakan di Old Billingsgate, London, pada 30 Oktober, mendedahkan senarai yang meraikan kecemerlangan dalam bidang layanan tamu daripada 22 destinasi di enam benua, dengan Asia menegaskan statusnya sebagai pusat sejagat bagi perjalanan mewah.

Menduduki tempat teratas ialah Rosewood Hong Kong, diikuti dengan Four Seasons Bangkok at Chao Phraya River, disusuli dengan Capella Bangkok di tangga ketiga.

Di tempat keempat ialah Passalacqua yang terletak di Tasik Como, Italy, disusuli Hotel Raffles di Singapura.

Hotel Raffles yang dibuka pada 1899, disifatkan sebagai “grande dame” (bermaksud wanita berwibawa) Asia Tenggara berdasarkan tulisan di laman web anugerah tersebut. 

Laman itu juga menggambarkan hotel tersebut sebagai terkenal kerana prasarana putihnya yang memukau, perkhidmatan ‘butler’ yang cemerlang, serta penjaga pintu Sikh yang kini ikonik.

Dihubungi BM, pengarah urusan Raffles Hotel Singapore, Encik Christian Westbeld, berkata pengiktirafan ini merupakan penghormatan yang luar biasa, dan mencerminkan dedikasi pasukannya untuk menyampaikan pengalaman yang bermakna mahupun tidak boleh dilupakan.

“Kami berbesar hati dapat mewakili Singapura sebagai antara yang terbaik di dunia, dan menjadi lambang layanan tamu, mengharumkan nama Singapura dan menjadi sebab untuk anda berkunjung ke bandar ini,” ujarnya.

Sebanyak 20 hartanah dari rantau Asia berjaya menduduki senarai tersebut, dengan enam daripadanya menakluki tangga 10 teratas, termasuk Mandarin Oriental Bangkok di tangga ketujuh manakala The Upper House, Hong Kong di tangga ke-10.

Kini memasuki tahun ketiga, senarai ‘50 Hotel Terbaik di Dunia’, merupakan hasil terbitan syarikat media Britain, William Reed, yang juga menerbitkan senarai tahunan ‘50 Restoran Terbaik di Dunia’.

Gelaran terbaik di dunia itu bagaimanapun, adalah subjektif, bergantung pada penilaian berbeza.

Tidak seperti anugerah tradisional yang lain, anugerah ini tidak ada kriteria tetap.

Kedudukannya ditentukan oleh undian tanpa nama akademi lebih 800 ahli, terdiri daripada pengembara berpengalaman, pengusaha hotel, pendidik, dan wartawan.

Demikian hotel yang berjaya menduduki senarai tersebut:

1. Rosewood Hong Kong, Hong Kong

2. Four Seasons Bangkok at Chao Phraya River, Bangkok

3. Capella Bangkok, Bangkok

4. Passalacqua, Tasik Como

5. Raffles Singapore, Singapura

6. Atlantis The Royal, Dubai

7. Mandarin Oriental Bangkok, Bangkok

8. Chable Yucatan, Chochola

9. Four Seasons Firenze, Florence

10. Upper House Hong Kong, Hong Kong

11. Copacabana Palace, Rio de Janeiro

12. Capella Sydney, Sydney

13. Royal Mansour, Marrakech

14. Mandarin Oriental Qianmen, Beijing

15. Bvlgari Tokyo, Tokyo

16. Claridge’s, London

17. Four Seasons Astir Palace, Athens

18. Desa Potato Head, Bali

19. Le Bristol, Paris

20. Jumeirah Marsa Al Arab, Dubai 

21. Cheval Blanc Paris, Paris

22. Bvlgari Roma, Rome

23. Hotel de Crillon, Paris

24. Rosewood Sao Paulo, Sao Paulo

25. Aman Tokyo, Tokyo

26. Hotel Il Pellicano, Porto Ercole

27. Hotel du Couvent, Nice

28. Soneva Fushi, Maldives

29. The Connaught, London

30. La Mamounia, Marrakech

31. Raffles London at The OWO, London

32. The Emory, London

33. Maroma, Riviera Maya

34. The Calile, Brisbane

35. The Lana, Dubai 

36. Hotel de Paris Monte-Carlo, Monaco

37. Janu Tokyo, Tokyo

38. The Taj Mahal Palace, Mumbai

39. One&Only Mandarina, Riviera Nayarit

40. Singita – Kruger National Park, Taman Nasional Kruger

41. Mandarin Oriental Hong Kong, Hong Kong

42. Hotel Bel-Air, Los Angeles

43. The Mark, New York

44, Las Ventanas al Paraíso, Los Cabos

45. The Tokyo Edition Toranomon, Tokyo

46. Hotel The Mitsui, Kyoto

47. Estelle Manor, Witney

48. Grand Park Hotel Rovinj, Rovinj

49. Hotel Sacher Vienna, Vienna

50. Mandapa, Bali

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg