Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Hubungan Nora Ariffin dan suami ‘macam biasa’, tidak bermusuh

Aug 11, 2025 | 3:33 PM
Penyanyi Datuk Nora Ariffin mengharapkan keputusan terbaik dalam urusan tuntutan perceraian terhadap suami, Dr Rushdi Ramli yang pada 11 Ogos memasuki proses laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP).
Penyanyi Datuk Nora Ariffin mengharapkan keputusan terbaik dalam urusan tuntutan perceraian terhadap suami, Dr Rushdi Ramli yang pada 11 Ogos memasuki proses laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP). - Foto TANGKAP LAYAR BERITA HARIAN MALAYSIA

SHAH ALAM: Penyanyi Datuk Nora Ariffin, 52 tahun, mengharapkan keputusan terbaik dalam urusan tuntutan perceraian terhadap suami, Dr Rushdi Ramli, 59 tahun, yang pada 11 Ogos memasuki proses laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP).

Nora, yang nama sebenarnya Wan Norafizah Wan Ariffin, berkata beliau mengharapkan yang terbaik selepas terdapat perbincangan membabitkan kedua-dua belah pihak, lapor Berita Harian Malaysia.

“Saya minta yang terbaik sebab kami sudah berbincang. Kami berserah kepada pihak mahkamah. Apa sahaja keputusan, saya terima,” katanya ketika ditemui di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Petaling di Shah Alam sekitar 9 pagi bagi proses laporan JKP. Beliau ditemani kakak angkatnya, Rafeah Ariffin, sebagai wakil JKP.

Dalam pada itu, Nora berkata beliau masih berkomunikasi dan mengekalkan hubungan baik bersama Dr Rushdi meskipun berdepan kemelut rumah tangga sejak 2024.

“Hubungan saya dengan suami macam biasa, cuma kami masing-masing sibuk. Kami tidak bermusuh, tapi kami berdua tahu keadaan macam mana.

“Teman tu tiada tetapi ada bertanya khabar. Beliau masih balik dan menjenguk rumah sebab kami masih lagi ada ikatan,” katanya.

Sementara itu, Dr Rushdi tiba di mahkamah kira-kira 15 minit kemudian dan terus berlalu memasuki dewan bicara.

Semasa prosiding pada Julai, Dr Rushdi melantik rakannya, Syamsul Omar, sebagai wakil JKP.

Pada 12 Ogos 2024, krisis rumah tangga Nora dan Dr Rushdi menjadi topik hangat dalam laman sembang.

Perkongsian Nora di Instagram ketika itu, yang memaparkan video Dr Rushdi melafazkan cerai terhadapnya, mengejutkan pelbagai pihak.

Menyusuli itu, pelbagai dakwaan dilemparkan hingga mendorong Nora memfailkan tuntutan perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Petaling pada 21 April 2025.

Pada akhir 2021, Nora mengesahkan sudah bergelar isteri kepada Dr Rushdi yang juga Pensyarah Kanan, Jabatan Fiqh dan Usul di sebuah universiti di ibu negara.

Nora mendirikan rumah tangga dengan komposer, Allahyarham Johan Nawawi, pada 1992 dan dikurniakan empat cahaya mata. Allahyarham Johan meninggal dunia pada 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun akibat serangan jantung.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg