Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Nora Ariffin sedia dilepaskan, enggan tarik balik tuntutan cerai

May 26, 2025 | 4:54 PM
Nora Ariffin, Dr Rushdi Ramli
Penyanyi Datuk Nora Ariffin mengakui sudah bersedia dengan sebarang kemungkinan mengenai kes tuntutan perceraian terhadap suaminya, Dr Rushdi Ramli, yang sedang berjalan di mahkamah ketika ini. - Foto INSTAGRAM NORA ARIFFIN

Penyanyi Datuk Nora Ariffin mengakui sudah bersedia dengan sebarang kemungkinan mengenai kes tuntutan perceraian terhadap suaminya, Dr Rushdi Ramli, yang sedang berjalan di mahkamah ketika ini.

Nora berkata beliau hanya cuba positif dengan melakukan rutin harian seperti biasa, selain tidak mahu fikirannya dibebankan dengan nasib yang akan menimpa bahtera perkahwinannya itu.

“Alhamdulillah, saya kembali macam biasa. Semua okey dan dipermudahkan. Saya tak serabut sebab sudah tahu proses apa akan terjadi dan hanya tunggu tarikh mahkamah.

“Terlalu berfikir pun tak guna sebab sudah tahu arahnya. Saya tidak akan menarik balik fail perceraian, jadi tunggu tarikh dan langkah seterusnya,” katanya ketika ditemui Berita Harian Malaysia pada pelancaran muzik video lagu, Aku Ada, dendangan anaknya, Putri Dahlia, yang berduet bersama Zaki Yamani, baru-baru ini.

Penyanyi yang popular dengan lagu, Di Persimpangan Dilema, itu bagaimanapun mengakui beliau dan Rushdi sama sekali tidak bergaduh, malah hanya meminta suaminya memberi kerjasama baik.

Nora berkata beliau sudah bersedia untuk dilepaskan melalui prosedur perceraian di mahkamah.

“Sebelum ini, dia (Rushdi) tidak berkata apa-apa, tapi saya cakap elok-elok mahu selesaikan perkara ini secara baik.

“Saya tidak mahu bergaduh, minta dia datang dan permudahkan urusan. Saya juga minta maaf kepadanya.

“Sebelum masuk mahkamah pun perasaan saya sudah 70 peratus bersedia untuk dilafaz cerai. Kena bersedia sebab takut pengsan,” katanya.

Kontroversi perkahwinan pasangan itu timbul apabila Nora memuat naik video Rushdi menceraikannya pada Ogos 2024.

Namun selepas sebulan mengumumkan perceraian, penyanyi itu memaklumkan beliau dan suami sudah kembali rujuk.

Sebelum itu, Nora berkahwin dengan Allahyarham Johan Nawawi pada 1992 dan dikurniakan empat cahaya mata.

Allahyarham Johan meninggal dunia pada 24 Mac 2017 akibat serangan jantung.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg