Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

India uji AI bina model iklim bagi perbaiki ramalan cuaca

Dec 27, 2023 | 03:01 PM



NEW DELHI: India sedang menguji penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk membina model iklim bagi memperbaiki ramalan cuaca sedang hujan lebat, banjir dan kemarau berlaku di serata negara besar itu, kata seorang pegawai tinggi cuaca.


Pemanasan sejagat telah mencetuskan pertembungan sistem cuaca yang lebih sengit di India dalam beberapa tahun kebelakangan ini, meningkatkan kejadian cuaca ekstrem, yang menurut anggaran Pusat Sains dan Alam Sekitar telah menyebabkan kematian hampir 3,000 orang pada 2023.

Agensi cuaca di seluruh dunia memberi tumpuan kepada AI, yang boleh mengurangkan kos dan meningkatkan kelajuan, dan yang dikatakan oleh Pejabat Met Britain boleh “mengubah” ramalan cuaca.

Contohnya, sebuah model yang dibiayai Google baru-baru ini didapati mempunyai prestasi yang lebih baik berbanding kaedah konvensional.

Ramalan cuaca yang tepat amat penting di India, sebuah negara dengan 1.4 bilion penduduk, ramai yang miskin. Negara itu juga pengeluar beras, gandum dan gula kedua terbesar di dunia.

Jabatan Meteorologi India (IMD) menyediakan ramalan berdasarkan model matematik menggunakan superkomputer.

Langkah menggunakan AI dengan rangkaian pemerhatian yang diperluaskan boleh membantu menjana data ramalan bermutu tinggi pada kos yang lebih rendah.

Menurut ketua penyelidikan dan perkhidmatan iklim di IMD, Encik K.S. Hosalikar, jabatannya menjangkakan model iklim berasaskan AI dan nasihat yang sedang dibangunkannya boleh membantu meningkatkan ramalan.

Pejabat cuaca telah menggunakan AI untuk menjana amaran awam mengenai gelombang haba dan penyakit seperti malaria, kata Encik Hosalikar.

Ia merancang meningkatkan pemantauan cuaca, menyediakan data ke peringkat kampung, dan berpotensi menawarkan data resolusi lebih tinggi untuk membuat ramalan, katanya.

Pemerintah berkata ia mahu menjana ramalan cuaca dan iklim dengan memasukkan AI ke dalam model tradisional, dan telah menubuhkan pusat untuk menguji idea itu melalui bengkel dan persidangan.

“Model AI tidak memerlukan kos tinggi seperti yang diperlukan apabila menggunakan superkomputer – anda malah boleh menjalankannya menggunakan komputer meja bermutu baik,” kata Penolong Profesor di Institut Teknologi India-Delhi, Dr Saurabh Rathore. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >