Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Isteri Eddie ‘Wings’ meninggal dunia semasa dialisis

Jul 8, 2023 | 5:00 PM
KUMPULAN WINGS: Pemain gitar Wings, Eddie (paling kiri) memberitahu isterinya, Norlela Mohd Yusof, 61 tahun, meninggal dunia Jumaat (7 Julai) akibat komplikasi buah pinggang.
KUMPULAN WINGS: Pemain gitar Wings, Eddie (paling kiri) memberitahu isterinya, Norlela Mohd Yusof, 61 tahun, meninggal dunia Jumaat (7 Julai) akibat komplikasi buah pinggang. - - Foto: fail

KUALA LUMPUR: Isteri pemain gitar kumpulan Wings, Eddie, iaitu Norlela Mohd Yusof, 61 tahun, meninggal dunia di Hospital Ampang kira-kira jam 2.30 petang, Jumaat (7 Julai) dipercayai akibat komplikasi buah pinggang.

Eddie atau nama sebenarnya, Samsaidi Ulong Idris, 55 tahun, memaklumkan, arwah isterinya itu sudah dua minggu menerima rawatan di hospital berkenaan.

“Arwah isteri meninggal dunia ketika sedang melakukan rawatan dialisis. Sebelum ini, arwah sudah dua minggu dirawat di hospital.

“Selain masalah buah pinggang, arwah juga terkena jangkitan kuman dan jantungnya menjadi lemah.

“Saya sudah sedia dengan segala kemungkinan sebab arwah isteri sudah lama sakit,” katanya kepada Berita Harian Online.

Sementara itu, pihak pengurusan Wings memaklumkan, jenazah Allahyarham Norlela diuruskan di Hospital Ampang sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, di sini, malam ini.

Eddie yang mendirikan rumah tangga bersama Allahyarham Norlela pada 1991 dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Nur Najmi Nadhira, Nur Najmi Nabila dan Mohd Aidil Hidayat. - BHM

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg