Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Jam tangan bercahaya dalam gelap

Mar 12, 2024 | 10:35 AM
Jam tangan berjenama G-Shock mempunyai rangkaian baru, siri Hidden Glow, yang boleh memancar cahaya dalam gelap.
Jam tangan berjenama G-Shock mempunyai rangkaian baru, siri Hidden Glow, yang boleh memancar cahaya dalam gelap. - Foto G-SHOCK
Jam tangan berjenama G-Shock mempunyai rangkaian baru, siri Hidden Glow, yang boleh memancar cahaya dalam gelap.
Jam tangan berjenama G-Shock mempunyai rangkaian baru, siri Hidden Glow, yang boleh memancar cahaya dalam gelap. - Foto G-SHOCK

Seandainya anda berada di ruang yang gelap, biar jam tangan berjenama G-Shock membantu memancarkan cahaya.

Jam tangan terkini G-Shock yang dikenali sebagai, siri Hidden Glow berupaya menerangi kegelapan.

Siri itu terdiri daripada beberapa model, antaranya model butang depan, DW-6900, GA-700 dan GA-2000; model besar, GA-110; dan model dengan kes berbentuk lapan segi, GA-2100.

Setiap model memaparkan warna asas kelabu yang dipadankan dengan komponen bercahaya yang bakal menarik perhatian.

Pada waktu malam, komponen bercahaya timbul dari dail, memancarkan cahaya halus yang memukau. Setiap model mempamerkan cahaya tersendiri, seolah-olah mendedahkan identiti tersendiri.

Selain itu, jalur jam tangan model GA-2100HD dihasilkan menggunakan sumber organik yang boleh diperbaharui dan bahan itu dijangka membantu mengurangkan kesan pada alam sekitar.

Dengan estetika berwarna hitam-putih yang bergaya dan bersinar hijau dalam gelap, siri Hidden Glow sesuai digayakan bersama pakaian santai atau profesional.

Siri Hidden Glow G-Shock berharga $179 (DW-6900HD, GA-2100HD, GA-700HD), $199 (GA-2000HD) dan $209 (GA-110HD) dan boleh didapati di cawangan terpilih G-Shock dan di dalam talian.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg