Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Jambatan ‘wajib’ kunjung

Aug 06, 2023 | 05:30 AM



Jauh perjalanan, luas pemandangan. Di kala kaki sudah lemah longlai dek banyak berjalan selama lebih lima jam keliling Batam, diajaknya teman ke destinasi wajib buat sesiapa yang singgah ke Batam.

Di sinilah letaknya Jambatan Barelang sepanjang 642 meter yang merupakan singkatan Batam, Rempang dan Galang (Barelang). Enam jambatan yang dibina pada 1997 ini menghubungkan tiga kepuluan daerah Riau ini.

Ada yang memanggilnya sebagai Jambatan Habibie atau Jusuf Habibie sempena nama Presiden Indonesia ketiga, B.J Habibie, yang mengendalikan projek bina jambatan yang bertujuan mengubah Rempang dan Galang menjadi tapak perindustrian. Bagaimanapun, usulan membina enam jambatan ini dibuat jurubina Bruce Ramsay.

Jambatan pertama diberi nama Jambatan Teuku Fisabilillah yang menghubungkan Batam dengan Pulau Tonton. Seni binanya mengingatkan anda tentang mercu tanda di San Francisco, Golden Gate Bridge.

Di sini, anda boleh makan jagung bakar dan sate Padang sambil meneguk teh sosro yang menyegarkan sambil melihat kenderaan lalu-lalang. Ada khidmat rakam foto dengan jurugambarnya bermotosikal sambil sempat membawa alat pencetak mini.

‘Devil’s Bridge’ di Jerman

Jambatan Rakotzbrücke di Gablenz, Jerman, merupakan jambatan buatan manusia yang dibina di atas tasik di Taman Kromalu.

Dengan bentuknya yang berpusaran, jambatan yang dibina pada 1860 ini juga dipanggil ‘Devil’s Bridge’ kerana kepercayaan ia dibina secara magis dengan kuasa ghaib.


Jambatan macam papan selam

Jambatan Storseisundet di Averoy, Norway, kelihatan seperti papan selam di lautan biru yang sedang bergelora jika dipandang dari atas. Ia dibuka pada 7 Julai 1989.

Ia adalah jambatan terpanjang dalam kalangan lapan jambatan yang membentuk Jalanan Atlantic atau ‘Atlanterhavsvein’ (penghubung jalan dari daerah utama semenanjung Romsdal ke Pulau Averoya di Romsdal, Norway).

Jambatan ini makan masa enam tahun untuk dibina. Pekerjanya berusaha gigih dengan risiko cuaca yang tidak menentu dan sebanyak 12 kali pula digugat oleh taufan.

Kos membina jambatan ini adalah 22 juta krone Norway ($2.9 juta). Sebanyak 75 peratus daripada kos binaan dibiaya oleh geran awam. Bakinya dibayar dengan hasil kutipan tol.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >