Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Jennifer Love Hewitt tonton video picit jerawat sebelum lakon babak emosi

May 28, 2024 | 3:51 PM
Pelakon, Jennifer Love Hewitt, akan mendengar lagu sedih dan menonton video orang memicit jerawat untuk memastikan dirinya fokus dalam babak emosi dan pilu di set penggambaran drama, ‘9-1-1’.
Pelakon, Jennifer Love Hewitt, akan mendengar lagu sedih dan menonton video orang memicit jerawat untuk memastikan dirinya fokus dalam babak emosi dan pilu di set penggambaran drama, ‘9-1-1’. - Foto INSTAGRAM JENNIFER LOVE HEWITT

Setiap pelakon mempunyai cara atau rutin tersendiri yang diyakini dapat menenangkannya sebelum memasuki set penggambaran.

Begitu juga dengan pelakon Hollywood, Jennifer Love Hewitt, 45 tahun.

Beliau sanggup berbuat apa sahaja bagi memastikan emosinya dalam filem atau drama betul-betul memenuhi jangkaan pengarah dan nampak realistik.

Namun, apa yang agak aneh adalah caranya menenangkan dirinya sebelum babak emosi yang merentap tangkai hati.

Menurut pelakon drama, 9-1-1 itu kepada laman web, E! News, dalam satu wawancara eksklusif, beliau akan menonton video orang yang memicit jerawat sehingga pecah dan mengalir nanah dan darahnya sebelum melakonkan babak emosi.

“Sebenarnya, seronok walau ada yang kata menggelikan. Sebabnya video orang picit jerawat takkan mengganggu minda saya selepas itu.

“Ia takkan mengganggu tumpuan saya pada penjiwaan yang diperlukan dalam babak emosi.

“Ia berbeza daripada menatap gambar saya dan suami saya (Brian Hallisay) serta tiga anak kami, Autumn, Atticus dan Aidan.

“Saya tak nak pun muka mereka mengisi ruang fikiran saya. Sebab saya akan ketawa ceria sewaktu melakukan babak menangis!

“Jadi lebih baik tengok video orang picit jerawat!” kongsi Love Hewitt sambil tertawa.

Namun, itu bukan satu-satunya cara beliau menenangkan fikirannya sebelum diperlukan menangis tanpa henti.

“Bagi mendapatkan ‘mood’ sedih, saya akan mendengar banyak lagu sedih sebelum saya mendiamkan diri saya seketika untuk serap perasaan pilu itu,” tambahnya.

Namun, beliau tidak mengambil masa lama untuk meninggalkan perasaan sedih yang ‘melekat’ pada jiwanya sesudah melakonkan babak emosi.

“Sejujurnya, bebanan berat melakonkan babak dramatik menjadi lebih mudah sesudah saya mempunyai anak.

“Sebabnya, saya mampu mengimbangi kehidupan saya... antara kehidupan di lokasi penggambaran dengan tugas saya di rumah dalam mengurus anak-anak.

“Setiap kali pergi kerja, saya tahu ia amanah yang memerlukan saya menampilkan sisi saya yang dramatik.

“Tapi apabila pulang rumah dan melihat wajah anak-anak, saya jadi ibu mereka yang gila-gila!” ujarnya yang dikenali setelah melakonkan watak Julie James dalam filem seram, I Know What You Did Last Summer.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg