Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Jeon So-min tinggalkan ‘Running Man’ selepas 6 tahun

Oct 24, 2023 | 03:50 PM



Pelakon Korea Selatan, Jeon So-min (gambar), mengucapkan selamat tinggal kepada rancangan aneka ragam yang sudah lama ditayangkan, Running Man, (2010 hingga kini), selepas enam tahun.


Pemergiannya disahkan agensi King Kong By Starship pada Isnin, menurut laporan akhbar The Korea Times.


Pelakon berusia 37 tahun itu akan merakamkan episod terakhirnya pada Isnin.

Agensi itu berkata keputusan tersebut dibuat selepas sekian lama berbincang dengan pasukan penerbitan Running Man.


Menurut agensi itu lagi, pelakon itu “perlu sedikit masa untuk mengembalikan tenaganya supaya beliau boleh memberi kesan lebih baik pada kegiatan masa depan termasuk lakonannya”.


Penerbit Running Man mengesahkan keputusan Jeon dalam satu kenyataan kepada media Korea Selatan, XportsNews.


Mereka berkata walaupun mereka telah cuba mencari jalan supaya beliau tidak meninggalkan rancangan itu, mereka menghormati keputusannya dan “menerima perpisahan yang menyedihkan itu”.

Mereka menambah: “Kami mahu mengucapkan terima kasih kepada Jeon So-min, yang telah menceriakan Running Man semasa beliau berada di dalam rancangan itu.


“Pelakon dan pasukan penerbitan Running Man akan terus menyokongnya. Beliau akan menjadi anggota Running Man selama-lamanya.”


Jeon, bekas model, menyertai siri Korea Selatan yang terkenal itu pada April 2017 dan dinamakan sebagai rookie terbaik (Orang Baru Terbaik) dalam rancangan aneka ragam pada Anugerah Hiburan SBS pada 2017.


Semasa bertahun-tahun lamanya bersama Running Man, beliau telah memainkan peranan sebagai pelakon tamu dalam drama Korea seperti My Secret Romance (2017), So I Married An Anti Fan (2021) dan Delivery Man (2023).


Running Man akan diteruskan dengan barisan pelakon, Yoo Jae-seok, Ha Ha, Ji Seok-jin, Kim Jong-kook, Song Ji-hyo dan Yang Se-chan.


Pihak penerbitan akan mencari pengganti Jeon.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >