Jepun kekal pilihan warga S’pura, China semakin tarik perhatian

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Jepun kekal pilihan warga S’pura, China semakin tarik perhatian

Dalam Asia, warga S’pura paling banyak berbelanja sewaktu bercuti
Feb 11, 2026 | 12:05 PM

Jepun kekal pilihan warga S’pura, China semakin tarik perhatian

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Pengunjung bergambar di Hokkaido Shrine di Sapporo, di wilayah Hokkaido di utara Jepun pada Disember 2025.
Pengunjung bergambar di Hokkaido Shrine di Sapporo, di wilayah Hokkaido di utara Jepun pada Disember 2025. - Foto AFP

Jepun kekal destinasi utama warga Singapura bagi 2026, manakala China pasaran kedua paling dipertimbang, menurut kajian pengguna global tahunan Travel Pulse 2026 oleh Klook.

Malah, permintaan untuk berkunjung ke Jepun adalah dua setengah kali lebih tinggi berbanding China.

Kajian itu turut mendedahkan bahawa walaupun Tokyo, Kyoto dan Osaka terus menarik, pengunjung kian cenderung meneroka daerah di luar laluan tradisional ‘Golden Route’ ke bandar-bandar serantau seperti Fukuoka, Nagoya dan Sapporo.

‘Golden Route’ Jepun merupakan jadual perjalanan klasik bagi pengunjung kali pertama yang menghubungkan Tokyo, Kyoto, Osaka, dan selalunya Hakone (Gunung Fuji) atau Nara.

Tanah Besar China pula semakin mendapat perhatian dalam kalangan penduduk Singapura, dengan Chengdu, Guangzhou, Chongqing, Harbin dan Suzhou muncul sebagai bandar yang paling dipertimbangkan pada 2026.

Dalam kalangan Asia, orang Singapura golongan yang paling banyak berbelanja semasa percutian di luar negara.

Bahkan, 90 peratus daripada mereka merancang untuk mengekalkan atau menaikkan bajet untuk kegiatan, kunjungan dan pengalaman tahun ini.

Menurut Klook, warga Singapura menjangka berbelanja purata AS$2,500 ($3,190) untuk perjalanan mereka seterusnya bagi percutian sekurang-kurangnya tujuh malam.

Ini meletakkan Singapura di hadapan pasaran serantau utama termasuk Hong Kong, China dan Indonesia.

Singapura juga terus kekal sebagai pasaran Asia yang paling banyak bercuti ke luar negara, dengan lebih 80 peratus warga Singapura melancong pada 2025, lebih tinggi daripada purata global iaitu 62 peratus.

Trend ini terus dilihat pada 2026, dengan hampir separuh sudah mempertimbang percutian ke luar negara dalam tiga hingga enam bulan akan datang.

Sepanjang 12 bulan mendatang, lapan dalam 10 warga Singapura merancang mengambil sekurang-kurangnya satu perjalanan jarak dekat, sementara sembilan dalam 10 ingin mengambil perjalanan jarak sederhana atau jauh.

Mengulas tentang dapatan ini, pengurus besar Singapura, Indonesia, Malaysia dan Thailand di Klook, Cik Sarah Wan, berkata pelancongan kekal sebagai keutamaan buat warga Singapura.

“Pengunjung Singapura berfikir secara teliti tentang nilai, namun mereka juga sanggup melabur dalam pengalaman yang mendalam, bermakna dan membawa kegembiraan dalam perjalanan mereka.

“Perjalanan hari ini bukan lagi tentang sejauh mana destinasi dapat diterokai, tetapi tentang memilih detik yang terasa bermakna dan meninggalkan kesan yang berkekalan.”

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg