Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Klook, STB kerjasama pastikan S’pura jadi pilihan destinasi global

Apr 16, 2025 | 2:28 PM
Menteri Bertanggungjawab bagi Hubungan Perdagangan, Cik Grace Fu (tengah), bersama (dari kiri) Pengerusi STB, Encik Olivier Lim; Ketua Eksekutif STB, Cik Melissa Ow; Ketua Pegawai Eksekutif selaku pengasas bersama Klook, Encik Ethan Lim; dan presiden selaku pengasas bersama Klook, Encik Eric Gnock Fah, hadir bagi memeterai MOU pada 11 April.
Menteri Bertanggungjawab bagi Hubungan Perdagangan, Cik Grace Fu (tengah), bersama (dari kiri) Pengerusi STB, Encik Olivier Lim; Ketua Eksekutif STB, Cik Melissa Ow; Ketua Pegawai Eksekutif selaku pengasas bersama Klook, Encik Ethan Lim; dan presiden selaku pengasas bersama Klook, Encik Eric Gnock Fah, hadir bagi memeterai MOU pada 11 April. - Foto KLOOK

Dalam usaha meningkatkan jumlah pelancong ke Singapura, Lembaga Pelancongan Singapura (STB) telah memeterai memorandum persefahaman (MOU) bersama laman tempahan perjalanan Klook selama tiga tahun.

Perjanjian itu, yang berkuat kuasa dari April 2025, selaras dengan visi Pelancongan 2040 STB yang bertujuan memastikan Singapura menjadi pilihan destinasi global dengan mengutamakan empat bidang: memacu pelancongan masuk ke Singapura; mengenal pasti dan mengembangkan permintaan masa depan; membangunkan pengalaman inovatif; dan memastikan ekosistem pelancongan Singapura bersedia bagi masa depan.

Ketua Pegawai Eksekutif selaku pengasas bersama Klook, Encik Ethan Lim, berkata MOU ini merupakan pencapaian penting dan Klook dapat menyumbang keupayaan antaranya dari segi inovasi produk dan penggunaan ruang digital.

Langkah ini, katanya, akan memperkukuh kerjasama Klook bersama STB yang wujud sejak sekian lama bagi membantu meningkatkan ketibaan pelancong yang berkunjung ke Singapura.

Kerjasama itu, katanya akan melibatkan kempen pemasaran global dan penciptaan bersama tawaran pelancongan baharu untuk menarik acara besar-besaran.

Ketua eksekutif STB, Cik Melissa Ow, berkata:

“Dengan mengenal pasti peluang muncul dan melakar bersama tawaran pelancongan, kami yakin bahawa usaha dan kekuatan kolektif kami akan membantu kami memenuhi keperluan pengunjung global yang berubah.”

Kerjasama Klook bersama STB sebelum ini telah menyaksikan projek pelancongan yang berjaya dilaksanakan, antaranya kunjungan kesejahteraan dan audio serta sidang perjalanan pertama Asia Pasifik khusus buat masyarakat pencipta kandungan, Kreatorverse, di Singapura.

Berdasarkan tinjauan Travel Pulse terkini oleh Klook, 91 peratus generasi Millennial dan Gen Z sanggup berbelanja sehingga separuh daripada bajet mereka untuk pengalaman, justeru kerjasama baru ini akan meneroka usaha bersama untuk menyediakan siri pengalaman dan acara besar-besaran di Singapura.

Inisiatif selanjutnya termasuk pemasaran tawaran pelayaran, perkongsian data dan kempen untuk menyasarkan segmen perjalanan tertentu, selain integrasi kecerdasan buatan (AI) untuk meningkatkan tarikan Singapura sebagai destinasi yang ingin dituju. – NUR HUMAIRA SAJAT

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg