Jin, sultan, meteor dan Perak Man...

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Pengguna Berdaftar

Jin, sultan, meteor dan Perak Man...

Jan 5, 2025 | 5:30 AM

Jin, sultan, meteor dan Perak Man...

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Pakar percaya 1.84 juta tahun lalu satu meteor (tahi bintang) menghentam Bukit Bunuh di Lenggong, Perak, dan haba serta tekanan daripada hentaman kuat itu mengakibatkan terbentuknya suivet, iaitu batuan  gabungan batu bumi yang tidak cair akibat hentaman itu dan bahan dari meteor tersebut.
Pakar percaya 1.84 juta tahun lalu satu meteor (tahi bintang) menghentam Bukit Bunuh di Lenggong, Perak, dan haba serta tekanan daripada hentaman kuat itu mengakibatkan terbentuknya suivet, iaitu batuan gabungan batu bumi yang tidak cair akibat hentaman itu dan bahan dari meteor tersebut. - Foto RUMAH TIANG 16

Dari Cameron Highlands, kami ke tempat yang kami belum pernah dengar sebelum ini – Lenggong, atau Lembah Lenggong, di Hulu Perak. Tetapi Lenggong sebenarnya termasyhur dalam kalangan ahli arkeologi. Ia tempat tinggal manusia paling awal yang diketahui di Semenanjung Malaysia dan sebuah Tapak Warisan Dunia Unesco.

Kami menyertai program tiga hari dua malam Rumah Tiang 16, tetapi dek rumah inap itu sudah penuh, pemiliknya, Abdul Nasir Jalaludin, atau Nash, menempatkan kami di Suka-Suka Lake Retreat. Anak tempatan Lenggong itu mencadangkan kami makan tengah hari di Warong Nasi Talam Mak Tam di Kampung Pangkalan. Untuk rasa masakan kampung, katanya. Tetapi set nasi talam Mak Tam – nasi putih disaji dengan ikan masak lemak cili api, ikan loma goreng, kerabu dan ulam-ulaman serta sambal belacan – sangat lazat. Ikannya fresh dari Tasek Raban di situ.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg