Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Juadah bufet di KL beri pengalaman buka puasa unik

Jan 18, 2026 | 7:10 PM
ets, jb, kl, shopping raya, fesyen trend, 2026
Bulan puasa di Kuala Lumpur meriah bukan saja dengan pilihan membeli-belah untuk Hari Raya, bahkan bermacam pilihan untuk berbuka puasa. - Foto fail

Bagi ramai warga Singapura, perjalanan ke negara jiran ‘tidak sah’ tanpa menikmati juadah beraneka rasa dan bermacam pilihan.

Jika anda merancang untuk ke Kuala Lumpur sebelum mahupun semasa Ramadan ini, jangan lepaskan peluang mencuba restoran-restoran ternama berikut yang menyediakan lauk-pauk Melayu tradisional dan makanan antarabangsa dengan pengalaman berbuka puasa yang unik.

Menara Kuala Lumpur

Nikmati pengalaman iftar seakan di awangan pada ketinggian 292 meter di Menara Kuala Lumpur.

Dikatakan pengalaman paling eksklusif berbuka puasa dengan tempahan tidak lebih daripada 220 pelanggan sahaja pada setiap malam.

Menghadap Menara Berkembar Petronas KLCC serta panorama latar langit Kuala Lumpur, bufet ini menyediakan ‘Cita Rasa Santapan Desa’ dengan tarikan utama ialah menu yang bertukar setiap minggu, menampilkan lebih 200 hidangan tradisional Melayu yang disusun dalam empat set menu ala desa secara bergilir.

Sambil menikmati hidangan eksklusif, pelanggan juga dapat menikmati suasana latar langit kota Kuala Lumpur dari ketinggian 292 meter di Menara Kuala Lumpur.
Sambil menikmati hidangan eksklusif, pelanggan juga dapat menikmati suasana latar langit kota Kuala Lumpur dari ketinggian 292 meter di Menara Kuala Lumpur. - Foto TANGKAP LAYAR FEMAGONLINE

📍 Lokasi : Sky Mega Hall, Menara Kuala Lumpur

Dari : 21 Februari hingga 16 Mac 2026

Harga seorang dari RM179 ($56.74) pada hari biasa; RM199 pada hujung minggu

Tempahan awal digalakkan

Cili Kampung

Bagi mereka yang pernah menjamu di restoran Cili Kampung di Langkawi, pasti teringat-ingat hidangan Negeri Sembilan yang kini sudah ada di beberapa cawangan di Kuala Lumpur sejak 2022.

Untuk mereka yang mempunyai jadual penuh ketika di Kuala Lumpur, bolehlah berbuka puasa di cawangan restoran ini di pusat beli belah Alamanda, Putrajaya yang menampilkan makanan tradisional dalam suasana estetika moden.

📍 Lokasi : Cili Kampung, Alamanda Putrajaya

Harga dari RM128++ seorang (dewasa)

Tempahan untuk buka puasa digalakkan dari 1 hingga 31 Januari 2026

Cili Kampung menawarkan masakan kampung Melayu yang asli dan pedas dengan resipi keluarga dari Langkawi, yang terkenal dengan hidangan seperti Masak Lomak Daging yang lazat, Sambal Cili Padi Udang pedas, dan Gulai Nangka yang berperisa dengan Pucuk Manis.
Cili Kampung menawarkan masakan kampung Melayu yang asli dan pedas dengan resipi keluarga dari Langkawi, yang terkenal dengan hidangan seperti Masak Lomak Daging yang lazat, Sambal Cili Padi Udang pedas, dan Gulai Nangka yang berperisa dengan Pucuk Manis. - Foto BM oleh RUBIAH MOHD

Hotel Le Méridien Kuala Lumpur

Jika anda lebih berminat dengan hidangan antarabangsa, bufet Ramadan Sajian Santapan Rasa Warisan di Le Méridien Kuala Lumpur mengetengahkan kekayaan warisan Malaysia selain hidangan antarabangsa.

Hidangan istimewa termasuk, Ayam Serai Perap, Kuzi Kambing, Mi Kari dengan Ladu Udang dan Maggie Ketam Pantai Merdeka.

📍 Lokasi : Latest Recipe, Le’Meridien Kuala Lumpur, Jalan Stesen Sentral

Harga dari RM168++ seorang (dewasa) untuk tempahan sebelum 17 Februari

Harga naik kepada RM218++ selepas 17 Februari.

Bufet Sajian Santapan Rasa Warisan ini menampilkan lebih 200 hidangan tempatan dan antarabangsa, dikurasi oleh Executive Sous Chef Budiman bersama pasukan kulinari beliau yang pernah memenangi beberapa anugerah.
Bufet Sajian Santapan Rasa Warisan ini menampilkan lebih 200 hidangan tempatan dan antarabangsa, dikurasi oleh Executive Sous Chef Budiman bersama pasukan kulinari beliau yang pernah memenangi beberapa anugerah. - Foto TANGKAP LAYAR BUSINESSTODAY.COM.MY

Hilton Kuala Lumpur

Bufet Ramadan tahunan di Vasco’s, Hilton Kuala Lumpur, menampilkan sajian mewah hidangan tempatan dan antarabangsa, menggabungkan hidangan tradisional kegemaran dengan sentuhan moden, selain menawarkan pilihan menu istimewa serta sajian yang menitikberatkan kelestarian.

📍 Lokasi : Vasco’s, Hilton Kuala Lumpur, Jalan Stesen Sentral

Harga dari RM238 setiap seorang (dewasa)

Diskaun 5 peratus untuk tempahan dari 22 Januari hingga 18 Februari.

Pelbagai sajian istimewa seperti Kambing Australia dengan perapan Chermoula Maghribi, daging rusa Timorensis yang dipanggang perlahan selama enam jam, serta pilihan kegemaran ramai iaitu Lambassador Smoked Paprika Beef Shank.
Pelbagai sajian istimewa seperti Kambing Australia dengan perapan Chermoula Maghribi, daging rusa Timorensis yang dipanggang perlahan selama enam jam, serta pilihan kegemaran ramai iaitu Lambassador Smoked Paprika Beef Shank. - Foto TANGKAP LAYAR WOB

Restoran Rebung oleh Cef Ismail

Restoran Rebung milik cef selebriti Datuk Ismail Ahmad membawakan kelainan dengan menampilkan nostalgia pasar malam – tempat berkumpul untuk menikmati pelbagai juadah kegemaran.

Harga sederhana sesuai untuk santapan bersama keluarga.

📍 Lokasi: Cef Rebung Cef Ismail, Taman Botani Perdana

Harga dari RM99 setiap seorang (dewasa)

Diskaun untuk tempahan awal.

Alami suasana ‘pasar malam’ dengan hidangan beraneka rasa di restoran Rebung milik cef selebriti, Datuk Ismail Ahmad.
Alami suasana ‘pasar malam’ dengan hidangan beraneka rasa di restoran Rebung milik cef selebriti, Datuk Ismail Ahmad. - Foto TANGKAP LAYAR/IG@RESTORANREBUNG
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg