Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Jurulatih renang buka niaga selepas terpaut dengan donat Greek di Dubai

Apr 13, 2024 | 05:30 AM



Dalam banyak-banyak donat, versi donat asal budaya Greek yang digelar loukoumades mungkin jarang ditemui di Singapura.


Pencuci mulut tradisional yang popular di rantau Mediterranean itu merupakan doh goreng berbentuk bebola yang lembut di bahagian dalamnya, dengan bahagian luar yang garing sedikit.

Ia biasanya disiram dengan madu dan ditaburi serbuk kayu manis dan kacang.

Versi Turkey dikenali sebagai luqmat al-qadi, yang dihidangkan dengan ramuan yang sama.


Pemilik dan pengasas Smile Swimmers, Encik Muhammad Khidir Mohamed Yunus, 37 tahun, mencuba kali pertama loukoumades dari kedai bernama Lukumades di Dubai.


“Daripada suapan pertama, saya mula jatuh hati dengan rasanya yang lain daripada lain, dan tidak ditemui di Singapura,” kongsi Encik Khidir yang berpengalaman sekitar 20 tahun sebagai jurulatih renang.

Jenama Lukumades adalah rangkaian Australia yang terkenal dengan donat Greek mereka.


Menurut Encik Khidir, tekstur loukoumades bukan seperti donat biasa dan bukan macam jemput-jemput.


“Saya ke Dubai untuk melancong dan berhasrat untuk melabur dalam hartanah untuk memperoleh pendapatan pasif.

“Semasa wabak Covid-19, sekatan dikenakan dan latihan renang telah ditangguhkan.

“Oleh itu, saya fikir adalah lebih baik jika saya mempunyai perniagaan sampingan sekiranya apa-apa berlaku,” luah Encik Khidir.

Ketika itulah Encik Khidir memutuskan untuk berniaga dan melabur dalam perniagaan Lukumades sebagai francais.

Beliau membawa jenama itu ke Singapura, dan membuka kedai Lukumades di 60 Arab Street pada Januari 2024.

Loukoumades dihidangkan hangat, dengan pelbagai sos yang disiram ke atas bebola doh yang lembut dan rangup.


Ini termasuk perisa Original (madu dan serbuk kayu manis), Pistachio, Bueno, Bougatsu (inti kastard), Tella Classic, Snickers, Lotus Crunch, Oreo Balls, Jam It (disuntik dengan jem strawberi).


Terdapat juga White Tella, Twix Fix (coklat susu cair dengan sos karamel), Matcha, Peanut Butter, dan Original Glazed.


Antara perisa yang laris dijual dan digemari ialah Bueno dan Pistachio.


Setiap kotak mengandungi 10 bebola. Harga setiap kotak bermula daripada $12.

Sos yang disiramkan di atas donat itu sangat berlemak, berkrim dan pekat, sesuai dikongsi bersama rakan-rakan serta keluarga.

Walaupun sos itu disiram ke atasnya, loukoumades tetap rangup dan tidak diserap ke dalam disebabkan tekstur luarnya yang rangup.


“Sesetengah pelanggan akan bertanya, mengapa sos tidak menyerap ke dalam loukoumades, justeru kami akan menjelaskan ia memang seperti itu.


“Bagi saya, ini dapat mengelakkan loukumades itu daripada menjadi benyek atau soggy,” ulas Encik Khidir.


Ramai rakan perniagaan Encik Khidir mengesyorkannya agar memulakan perniagaan pertamanya di Arab Street.

Jenama Lukumades biasanya mendapat sambutan di tempat seperti pusat membeli-belah serta kafe mesra keluarga.

“Kami memulakan secara kecil-kecilan untuk melihat bagaimana sambutan orang Singapura terhadap Lukumades.

“Saya bersyukur sambutannya sangat bagus dan ramai orang turun untuk menyokong perniagaan ini. Itu adalah aspek yang terbaik tentang pelanggan di Singapura,” katanya lagi.

Doh loukoumades itu dibuat dan digoreng di kedai sebelum dihidangkan panas-panas.


Mesin yang mempunyai penggoreng dan penyemperit atau extruder doh pula dibawa khas dari Greece.


Doh yang disemperit akan menghasilkan bebola yang saiznya sama rata, sebelum ia dijatuhkan ke dalam mesin penggoreng.

Encik Khidir berhasrat membuka cawangan keduanya selepas Mei yang dimilikinya di Nakheel Mall, Dubai. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >