Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kafe Selebriti tawar tempat santai seiring rasa hidangan Zack Zainal

Perkenal konsep kafe, tempat jamu selera di tengah memorabilia sukan
Apr 19, 2025 | 5:30 AM
Pemilik Kafe Selebriti di Johor Bahru, Zack Zainal, yang juga terkenal sebagai pengacara dalam rancangan hiburan Melayu pada era 1980-an.
Pemilik Kafe Selebriti di Johor Bahru, Zack Zainal, yang juga terkenal sebagai pengacara dalam rancangan hiburan Melayu pada era 1980-an. - Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA

Terkenal dalam dunia hiburan Melayu pada era 1980-an, Zack Zainal, kini tampil dengan lembaran baru, Kafe Selebriti di MyDin Anjung, East Ledang, Johor Bahru.

Selepas dua dekad bermastautin di Dubai, bekas personaliti televisyen itu kembali dengan misi yang lebih dekat di hati, memperkenalkan konsep kafe yang meraikan seni dan rasa Melayu dalam suasana kontemporari.

“Inspirasi saya datang dari Hard Rock Cafe, tapi versi Melayu.

“Tempat yang meraikan lagu-lagu Melayu, barangan nostalgia, dan cita rasa tempatan,” ujar Zack yang bersara daripada dunia korporat pada September 2024.

Memilih Johor sebagai lokasi pertama bukan sekadar keputusan praktikal, malah strategik.

“Kos untuk memulakan di Singapura sangat tinggi. Di Johor, saya dapat jimat tiga kali ganda dan masih dekat dengan Singapura.”

“Lagipun kawasan ini memang sibuk dengan penduduk tempatan dan rakyat Singapura. Ramai yang singgah ke sini sebelum atau selepas membeli-belah.”

Konsep Kafe Selebriti bukan hanya berteraskan makanan, bahkan juga sebagai ruang pameran seni dan kenangan selebriti Melayu.

Antara daya tarikan utama tentunya menu istimewa yang diilhamkan daripada pengalaman peribadi Zack sepanjang menetap di Dubai.

“Saya penggemar daging. Jadi antara hidangan kegemaran saya ialah bone steak dan Nasi Afghani,” katanya.

Hidangan nasi tersebut, juga dikenali sebagai Afghani Pulao, cukup unik dan disediakan dengan beras Bukhari yang dibawa khas dari luar negara.

Afghani Pulao merupakan sejenis nasi berempah yang berasal dari Afghanistan.

Ia dimasak menggunakan beras panjang seperti beras basmati.

Beras itu dimasak bersama rempah-ratus seperti jintan, bunga lawang, kayu manis, serta daging kambing atau lembu, menjadikan hidangan itu wangi, beraroma dan penuh rasa.

Bahan tambahan seperti lobak merah, kismis dan kacang turut digunakan untuk memberi tekstur dan rasa manis semula jadi, menjadikan hidangan ia santapan seimbang dari segi rasa.

“Saya pelajari resipi ini semasa di Dubai. Setiap kali pulang, saya akan bawa balik 10 kilo nasi itu supaya tetamu boleh rasa keasliannya,” tambah beliau.

Satu lagi hidangan yang mencuri perhatian ialah Tulang Merah, dengan resipi yang mempunyaui nilai sentimental.

“Isteri saya mengidam tulang merah dari Holland Drive semasa mengandung. Selepas lama menjadi pelanggan di kedai itu, pemilik gerai itu akhirnya sudi berkongsi resipi, dan kini saya sajikannya di sini,” ceritanya.

Bagi memastikan setiap hidangan menepati cita rasa pelbagai jenis pelanggan, proses penyelidikan dan pengembangan (R&D) dilakukan secara teliti.

“Saya sendiri cuba dan olah setiap resipi, dan saya ambil serius maklum balas pelanggan,” katanya.

Memandang ke hadapan, Zack bercadang untuk mengembangkan konsep kafenya.

“Kami mahu buka cawangan dengan elemen muzik secara ‘live’, supaya pengunjung bukan sahaja datang menjamu selera, bahkan untuk berhibur,” katanya lagi.

Alamat: MyDin Anjung, East Ledang, 79250 Gelang Patah, Johor, Malaysia

Waktu Operasi: Sabtu hingga Ahad, 10 pagi hingga 10 malam

Raikan seni, rasa Melayu

Inspirasi saya datang dari Hard Rock Cafe, tapi versi Melayu. Tempat yang meraikan lagu-lagu Melayu, barangan nostalgia, dan cita rasa tempatan.
Mahu kembangkan konsep kafe

Kami mahu buka cawangan dengan elemen muzik secara ‘live’, supaya pengunjung bukan sahaja datang menjamu selera, bahkan untuk berhibur.
Zack Zainal, pemilik Kafe Selebriti di Johor Bahru. 
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg