Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kaki Makan BH dekati pembaca di Instagram, TikTok

Mar 2, 2024 | 5:30 AM
Wartawan ruangan Kaki Makan, Dahlia Zulkifli (tengah) dan Nur Syuhrah Hassan (kanan) membuat reviu ‘roti kahwin’ yang dijual di kedai Tarik di Arab Street. Bersama dalam gambar ialah penyunting video, Syaheera Azlan (kiri).
Wartawan ruangan Kaki Makan, Dahlia Zulkifli (tengah) dan Nur Syuhrah Hassan (kanan) membuat reviu ‘roti kahwin’ yang dijual di kedai Tarik di Arab Street. Bersama dalam gambar ialah penyunting video, Syaheera Azlan (kiri). - Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA

Ruangan makanan Berita Harian, Kaki Makan, kini melancarkan wadah baru di Instagram dan TikTok demi meluaskan lagi jangkauannya kepada pembaca.

Wadah di aplikasi media sosial itu bertujuan untuk membawa pembaca dan pengikut lebih dekat kepada dunia kulinari menerusi reviu makanan dan promosi yang mengumpan selera.

Sebelum ini, Kaki Makan telah memulakan wadah komunikasi bersama pembaca di platform Telegram pada November 2023.

Menerusi Telegram, anggota komuniti Kaki Makan mendapat perkembangan terkini mengenai tempat-tempat makan yang ditinjau wartawan Nur Syuhrah Hassan dan Dahlia Zulkifli.

Pengikut juga berpeluang memenangi hadiah dan baucar khas dari restoran dan tempat makan yang telah ditemu bual.

Wadah baru di TikTok dan Instagram akan menampilkan lebih banyak kandungan dalam bentuk video kepada peminat dan pengikut Kaki Makan.

Dalam edisi teh tarik popular di Singapura, Kaki Makan diberi peluang mencuba ‘tarik’ teh di kedai Bhai Sarbat di 21 Bussorah Street.
Dalam edisi teh tarik popular di Singapura, Kaki Makan diberi peluang mencuba ‘tarik’ teh di kedai Bhai Sarbat di 21 Bussorah Street. - Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA

Dengan adanya wadah baru itu, pembaca akan disajikan bukan sahaja dengan artikel dan gambar yang diterbitkan setiap minggu, malah video dan adegan di sebalik tabir apabila pasukan Kaki Makan meninjau tempat makan.

Orang ramai boleh mengikuti wadah baru itu di @kakimakan.bh di Instagram dan TikTok, atau Telegram Kaki Makan Berita Harian (https://t.me/KakiMakanBH). 

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg