‘Pening’ memikirkan ke mana untuk ‘keluar makan’ bersama kawan-kawan dan keluarga?
Bosan dengan hidangan yang sama sahaja?
Apa kata anda sertai komuniti Telegram Kaki Makan Berita Harian (BH).
Sebagai anggota komuniti kami, anda akan dapat mengikuti laporan dan video mengenai tempat makan yang baru, serta reviu makanan setiap minggu.
Malah, sebagai anggota komuniti Kaki Makan, anda juga berpeluang memenangi baucar makanan dan minuman (F&B) daripada senarai panjang kedai makan, kafe dan restoran yang berkolaborasi dengan BH.
Mengulas mengenai pembentukan komuniti ini, Editor Berita Harian/Minggu, Encik Nazry Mokhtar, berkata ruangan Kaki Makan adalah antara kandungan yang dinanti-nanti pembaca BH.
Di samping itu, video Kaki Makan di Instagram dan TikTok juga antara kandungan yang paling mendapat perhatian di wadah media sosial akhbar ini.
Ruangan dan video Kaki Makan diterbitkan setiap minggu, pada Sabtu.
“Ini mencerminkan minat dan kecenderungan audiens kami kepada topik berkaitan makanan dan profil mereka yang mengikuti ruangan Kaki Makan, sama ada menerusi wadah digital, media sosial mahupun cetak meliputi pelbagai usia.
“Justeru, komuniti Telegram Kaki Makan ini adalah satu cara untuk kami mendekati dan berinteraksi dengan audiens kami secara lebih rapat,” ujar beliau.
Sebagai anggota komuniti Kaki Makan BH, anda berpeluang memenangi baucar F&B setiap dua minggu di restoran halal popular di serata Singapura.
Selain itu, anda juga akan mendapat akses awal kepada promosi restoran yang digemari ramai, dan juga yang baru dibuka.
Anggota komuniti Kaki Makan juga boleh mendapatkan ilham untuk tempat makanan yang mahu dikunjungi sama ada bersama kawan atau keluarga.
Ini termasuk reviu makanan dalam bentuk laporan mahupun video, yang boleh diakses langsung menerusi saluran Telegram Kaki Makan tersebut.
Dalam pada itu, komunikasi dalam komuniti ini bukan hanya sehala.
Sebagai anggota komuniti, anda juga boleh berinteraksi dengan kami secara langsung termasuk berkongsi foto makanan anda, memberi ulasan dan berkongsi resipi.
Mereka yang paling banyak berkongsi, akan ditabalkan ‘top fan’ dan berpeluang memenangi hadiah atau pengalaman menarik.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg