Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kamal Adli akur jika jodoh berakhir

Jan 12, 2026 | 1:52 PM
Malaysia, Kamal Adli, Uqasha Senrose, cerai, divorce
Pelakon Kamal Adli berkata beliau sudah berusaha sedaya upaya untuk mempertahankan perkahwinannya dengan Uqasha Senrose. - Foto HARIAN METRO

KUALA LUMPUR: Pelakon Kamal Adli akur sekiranya tiada lagi jodoh antara dirinya dan isteri, Uqasha Senrose, selepas rumah tangga yang dibina sejak empat tahun lalu kini berada di ambang perpisahan.

Kamal, atau nama sebenarnya Ahmad Kamal Ahmad Adli, 40 tahun, yang tiba di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan kira-kira jam 9.30 pagi pada 12 Januari, berkata beliau sudah berusaha sedaya upaya untuk mempertahankan perkahwinan mereka.

“Kalau tiada jodoh, wallahua’lam (Allah sahaja yang tahu). Kita tengok bagaimana nanti.

“Tetapi saya sudah cuba sehabis baik dari awal lagi. Saya sudah berusaha mempertahankan perkahwinan ini dan kini hanya menunggu proses hakam.

“Saya pun tidak tahu nak cakap apa,” katanya kepada media, lapor BH Online.

Kamal dan Uqasha hadir ke mahkamah pada 12 Januari bagi menjalani prosiding hakam keluarga pertama.

Menurut pelakon itu, pelaksanaan prosedur hakam menandakan perkahwinan mereka sudah berada di fasa akhir.

“Hari ini prosiding hakam pertama. Saya tidak berani mengulas lebih lanjut. Apabila sudah masuk prosedur hakam, sebenarnya ini sudah di hujung-hujung,” katanya.

Sementara itu, Uqasha, atau nama sebenarnya, Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 33 tahun, memilih untuk tidak mengulas lanjut dan hanya berharap segala urusan dipermudahkan.

“Doakan yang baik-baik,” katanya ringkas.

Sebelum ini, Uqasha mencetuskan perhatian ramai apabila mendakwa menjadi mangsa keganasan rumah tangga sepanjang perkahwinan mereka, termasuk dipukul dan dikasari ketika sedang hamil.

Bagaimanapun, Kamal menafikan dakwaan berkenaan.

Mahkamah sebelum ini menasihatkan Kamal supaya melafazkan cerai selepas laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) mendapati wujud unsur shiqaq, atau perbalahan berpanjangan antara pasangan itu.

Namun, Kamal enggan berbuat demikian dengan alasan masih menyayangi anak mereka.

Pada Oktober 2025, Uqasha memfailkan permohonan cerai terhadap Kamal atas alasan tiada persefahaman dan berlakunya pergolakan rumah tangga.

Kamal dan Uqasha mendirikan rumah tangga pada 5 November 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg