Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Uqasha Senrose fail laporan polis, dakwa didera Kamal Adli

Dec 18, 2025 | 1:57 PM
uqasha senrose, kamal adli, cerai, keganasan rumah tangga, dera, mahkamah
Menurut pelakon Uqasha Senrose, selama empat tahun perkahwinan mereka, Kamal Adli pernah memukulnya, mendera mental dan emosi termasuk sepanjang tempoh beliau mengandungkan anaknya, Hawra Uqaira. - Foto INSTAGRAM SINAR

KUALA LUMPUR: Pelakon Uqasha Senrose mendedahkan keganasan rumah tangga menjadi antara punca beliau menuntut perceraian terhadap suaminya, Kamal Adli.

Dakwa Uqasha atau Nik Zaris Uqasha Nik Sen, Kamal, selama empat tahun perkahwinan mereka, pernah memukulnya, mendera mental dan emosi termasuk sepanjang tempoh beliau mengandungkan anaknya, Hawra Uqaira.

“Selama ini saya berdiam, tidak ceritakan perkara sebenar. Inilah sebabnya saya minta untuk berpisah secara baik.

“Dia dera saya dan anak, mental dan emosi termasuk ketika saya mengandung. Empat tahun saya simpan cerita ini, saya tak pernah berkongsi kepada umum sebab saya masih mahu menjaga air mukanya.

“Saya simpan bukti, video dan gambar. Tapi saya tak pernah dedahkan kepada umum. Saya sudah cuba bertahan, bukan tidak,” katanya.

Uqasha berkata demikian selepas selesai prosiding pendengaran keputusan Jawatankuasa Pendamai (JKP) berhubung proses perceraiannya di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan di sini, pagi 18 Disember.

Berkongsi lanjut, Uqasha turut mendedahkan sebab lain tuntutan perceraian, termasuk sikap Kamal yang dakwanya susah menerima teguran, lapor Utusan Malaysia.

“Dia juga tak ada toleransi dalam menjaga anak, tidak menjaga kebersihan. Anak saya perempuan, dia pula bawa kawan-kawan lelaki keluar masuk rumah ibarat orang bujang, sampaikan saya tak ada ruang privasi,” kongsinya lagi.

Peguam sivil mewakili Uqasha, Encik Asheeq Ali Sethi Alivi, dalam pada itu memaklumkan tiga laporan polis telah difailkan Uqasha, manakala satu lagi laporan (polis) turut difailkan ibunya berhubung dakwaan keganasan rumah tangga berkenaan.

“Kami akan teruskan dengan tindakan sewajarnya, melalui proses polis dan mahkamah sivil.

Laporan polis telah dibuat, yang mana yang terbaru difailkan pada 12 dan 15 Disember lepas.

“Menerusi laporan tersebut, anak guam saya memaklumkan dia telah didera dan dipukul. Pelaku naik tangan dan kaki.

“Kami serahkan kepada polis untuk jalankan siasatan sementara saya akan ambil tindakan sewajarnya melalui prosedur mahkamah sivil.

“Kepada pihak yang tak bersetuju atau mendakwa anak guam saya membuat fitnah, mohon failkan saman (fitnah) dan hantar ke pejabat saya. Saya mendapat arahan daripada anak guam untuk failkan perkara ini di mahkamah.

“Uqasha sekarang ini menuntut keadilan untuk dirinya. Sejauh mana tindakan diambil, itu kita serahkan kepada polis untuk jalankan siasatan,” kongsinya.

Peguam Uqasha, Encik Muhammad Syazmee Sapian, dalam pada itu memaklumkan mahkamah telah menetapkan 12 Januari 2026 sebagai tarikh lantikan dan laporan hakam keluarga kerana keengganan Kamal melafazkan cerai secara baik selepas dinasihatkan mahkamah untuk berbuat demikian.

“Mahkamah telah menetapkan berlakunya syiqaq setelah mengenal pasti berlaku perbalahan atau persengketaan berpanjangan antara suami isteri setelah menilai laporan JKP yang antara lain memperincikan mengenai kekasaran rumah tangga, pukul, isu nafkah dan pergaduhan yang berpanjangan dalam rumah tangga mereka.

“Justeru mahkamah menasihatkan defendan melafazkan cerai, namun dia enggan. Asbab keengganannya melafazkan cerai secara baik pada hari ini, maka proses perceraian ini dilanjutkan kepada prosiding hakam,” ujarnya.

Uqasha pada 1 Oktober lepas memfailkan cerai di mahkamah sama atas alasan tiada persefahaman dengan suami.

Pasangan itu sah bergelar suami isteri pada 5 November 2021 dalam majlis yang diadakan di Janda Baik, Pahang.

Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan seorang cahaya mata.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg