Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kamal tuntut Uqasha bersemuka, persoal tindakan ‘coach cerai’

Dec 19, 2025 | 1:24 PM
kamal adli, uqasha senrose, cerai
Kamal Adli menegaskan beliau bersedia bersemuka dengan isteri, Uqasha Senrose, bagi menyelesaikan perselisihan rumah tangga, selain menafikan tuduhan keganasan fizikal. - Foto BHM

KUALA LUMPUR: Pelakon Kamal Adli menuntut isterinya, Uqasha Senrose, tampil bersemuka dengannya bagi menyelesaikan segala perselisihan, berbanding menyebarkan perkara peribadi mereka di media sosial dan kenalan luar.

Kamal turut menuntut individu dikenali sebagai ‘coach cerai’ supaya berlaku adil dengan mendengar penjelasan daripada kedua-dua pihak, dan bukan hanya sebelah pihak sahaja.

“Saya rasa benda ini tak adil untuk saya. Kalau dia rasa tidak puas hati, datang jumpa saya. Cakap depan-depan sebab dia masih isteri saya.

“Tak payah nak cerita dengan ‘coach cerai’ yang entah dari mana datangnya, sampai boleh duduk lapan jam dengan orang itu.

“Lepas itu setiap kali datang mahkamah, ‘coach cerai’ mesti ada, tapi kenapa tak pernah menghadap saya? Adakah dia hanya dengar cerita sebelah sana sahaja? Saya ada dan sentiasa bersedia jumpa dia. Tapi kenapa dia lari?

“Saya rasa saya dah terlalu lama bertahan. Saya bukan nak burukkan sesiapa dan masih tak buka aib isteri. Cuma benda ini dah keterlaluan.

“Saya teremosi bukan sebab apa, tapi sebab dah banyak sangat saya kena,” katanya kepada media di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur pada petang 18 Disember.

Kamal juga menegaskan beliau tidak gentar dengan tindakan Uqasha yang membuat laporan polis mendakwa beliau melakukan keganasan terhadapnya, lapor Berita Harian Malaysia (BHM).

“Tak kisahlah polis ke apa, sebab saya tak pukul. Buat apa saya nak takut? Saya pun ada gambar-gambar dan bukti melekat di badan yang saya tak boleh buang,” ujarnya lagi.

Terdahulu, Uqasha mendedahkan sepanjang empat tahun berkahwin, beliau menjadi mangsa penderaan mental, emosi dan fizikal, termasuk ketika sarat mengandung.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg