Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kamal, Uqasha sah cerai talak satu

Jan 12, 2026 | 3:59 PM
Pasangan Kamal Adli dan Uqasha Senrose sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, pada 12 Januari. Difahamkan, kedua-duanya sudah berusaha sebaik mungkin demi kebaikan keluarga serta masa depan anak mereka, namun jodoh tidak panjang.
Pasangan Kamal Adli dan Uqasha Senrose sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, pada 12 Januari. Difahamkan, kedua-duanya sudah berusaha sebaik mungkin demi kebaikan keluarga serta masa depan anak mereka, namun jodoh tidak panjang. - Foto BH ONLINE

KUALA LUMPUR: Pelakon Kamal Adli dan Uqasha Senrose sah bercerai talak satu di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur, pada jam 12.56 tengah hari pada 12 Januari.

Lafaz cerai dibuat oleh Kamal, atau nama sebenarnya Ahmad Kamal Adli, 40 tahun, di hadapan Hakim Syarie Siti Noraini Mohd Ali, selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai yang difailkan Uqasha mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Sebelum prosiding berlangsung, Kamal dilihat dalam keadaan reda dan menerima hakikat bahawa proses hakam adalah fasa terakhir dalam usaha menyelamatkan rumah tangganya bersama Uqasha, atau nama sebenarnya, Nik Zaris Uqasha Nik Sen, 33 tahun

Difahamkan, kedua-duanya sudah berusaha sebaik mungkin demi kebaikan keluarga serta masa depan anak mereka, namun jodoh tidak panjang.

Pada 18 Disember lalu, Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur menasihati Kamal untuk melafazkan cerai selepas Jawatankuasa Pendamai (JKP) gagal mencapai kata sepakat, lapor BH Online.

Bagaimanapun, peguam yang mewakili Uqasha, Muhammad Syazmee Sapian, berkata lafaz cerai tidak dilakukan ketika itu kerana Kamal masih berhasrat mempertahankan rumah tangga.

Menurut Syazmee, mahkamah turut mensabitkan wujudnya shiqaq, iaitu perbalahan dan persengketaan berpanjangan dalam perkahwinan pasangan berkenaan.

Kamal dan Uqasha mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 dalam sebuah majlis tertutup di Janda Baik, Pahang.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira, yang kini berusia 1 tahun 8 bulan.

Bagaimanapun, Uqasha memfailkan permohonan cerai terhadap Kamal pada 1 Oktober 2025, sekali gus menamatkan ikatan yang dibina hampir tiga tahun.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg