Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kapal Genting Dream tukar persinggahan ke Melaka bagi pelayaran dua malam

Aug 21, 2024 | 3:38 PM
Orang ramai boleh menaiki bot sungai di Melaka untuk bersiar-siar melihat tarikan.
Orang ramai boleh menaiki bot sungai di Melaka untuk bersiar-siar melihat tarikan. - Foto RESORTS WORLD CRUISES

Kapal persiaran Genting Dream bakal berlabuh di Melaka sebagai ganti kepada Pelabuhan Klang khususnya bagi pelayaran dua malamnya dari Singapura pada setiap Ahad, bermula 10 November ini.

Tempoh pelabuhan dilanjutkan dari 10 jam ke 12 jam, untuk memberi penumpang yang menaiki kapal tersebut cukup masa untuk melawat kedua-dua Kuala Lumpur dan Melaka, menurut Resorts World Cruises yang mengendalikan kapal Genting Dream.

Genting Dream akan berlabuh berdekatan bandar Melaka yang menawarkan pemandangan indah landskap dan pantai sekeliling.

Penumpang yang turun dari kapal boleh menikmati perjalanan singkat menaiki bot tender melalui Sungai Melaka ke Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS).

Dari situ, orang ramai hanya perlu berjalan dalam 15 minit untuk ke nadi Melaka, Tapak Warisan Dunia Unesco, yang menampilkan bangunan kolonial merah Dutch Square, dan Jonker Street, yang terkenal dengan pilihan baik membeli-belah, makan dan hiburan.

Penumpang boleh memilih mengambil bot sungai Melaka di sebelah Kompleks ICQS untuk melihat bandar bersejarah itu di mana bangunannya dipengaruhi era Portugis, Belanda dan Inggeris, karya mural serta kedai berwarna-warni.

Selain itu, penumpang boleh memilih berangkat dari Melaka pada hari Isnin setiap dua minggu menerusi Kompleks ICQS.

Percutian Melaka itu boleh digabungkan dengan pelayaran sehala Melaka-Singapura-Penang-Kuala Lumpur selama tiga malam melalui Pelabuhan Klang.

Selain membantu membangunkan sektor pelancongan kapal pelesiran di Melaka, Encik Michael Goh, presiden Resorts World Cruises berkata:

“Dengan sebanyak 52 persinggahan secara keseluruhan dalam setahun, Genting Dream akan membawa sehingga 200,000 penumpang ke Melaka setiap tahun.”

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg