Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Kareena terbit filem kisah damai Hindu-Muslim

Nov 06, 2023 | 05:31 AM



Jiwa pelakon Bollywood, Kareena Kapoor Khan, terkesan setiap kali menonton filem Bollywood yang memaparkan perselisihan faham antara masyarakat Hindu dengan Muslim.

Baginya, ia sesuatu yang tidak seharusnya diperbanyak atas dasar keharmonian kaum.

Kini, dalam percubaan sulungnya sebagai penerbit filem, Buckingham Murders, Kareena, 43 tahun, ingin menggalakkan keamanan antara masyarakat Hindu dengan Muslim.


Ia di sebalik segala ketegangan silang kaum dan agama yang berlaku di Leicester, Britain, yang masih lagi dirasakan berbahang di India.

Kareena turut membintangi filem yang mengisahkan tentang pegawai polis wanita yang kehilangan anaknya kerana dibunuh.

Dia berpindah ke kota lain dan ditugaskan menyiasat kes seorang budak hilang. Filem itu menyelongkar kisah trauma, kesedihan dan pengalaman seorang pendatang baru ke sesebuah kota.

Polis itu juga memerlukan ketenangan dan meneruskan kehidupan tanpa dibelenggu kisah pahit anaknya dibunuh.

Dalam satu wawancara eksklusif bersama laman web, Sky News, Kareena yang merupakan isteri pelakon dan pengarah Saif Ali Khan itu berkata, Buckingham Murders, filem misteri pembunuhan yang berlatarkan kisah konflik kaum Hindu dan Muslim di Leicester, diusahakan tatkala pengganasan kaum kian meningkat di India.


Secara tidak langsung, filem itu mempunyai pesanan tersirat yang memberitahu penonton agar mengharapkan kedamaian suatu hari nanti.

“Saya benar-benar yakin bahawa pada penghujungnya, kita semua sama sahaja, manusia biasa. Semua orang berada di bawah satu mentari yang sama. Kita berpijak di atas bumi yang serupa. Jadi mengapa harus ada perbalahan? Saya sangat percaya pada nikmat kedamaian,” jelas Kareena.

Menurutnya, filem yang diterbitkan itu, secara tersirat menekankan tentang kepentingan bergotong-royong dan bersama-sama menuju ke arah kedamaian dan kesejahteraan hidup.

Buckingjam Murders, yang berlatarbelakangkan kota High Wycombe di Britain, diharap akan membuka pintu buatnya menerbitkan lebih banyak filem.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >