Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kedai buku terbesar dunia dibuka di Shenzhen

Oct 14, 2025 | 5:21 PM
China, Shenzhen, The Eyes of the GBA, kedai buku, bookstore
Kedai buku fizikal terbesar di dunia, The Eyes of the GBA, seluas 131,000 meter persegi, atau kira-kira saiz 18 padang bola sepak, dengan 100,000 buku pelbagai kategori, daripada seni dan sejarah, kepada buku kanak-kanak terdapat di situ . - Foto FACEBOOK IP CHINA

Sebuah kedai buku fizikal terbesar di dunia dibuka secara rasmi di Shenzhen, China, pada 26 September.

The Eyes of the GBA, yang terletak di daerah Bao’an, berukuran seluas 131,000 meter persegi, iaitu kira-kira saiz 18 padang bola sepak, dengan pengunjung seolah-olah dibawa ke suatu tempat ajaib yang menggabungkan kesusasteraan, teknologi dan pengalaman yang unik.

Di dalam kedai buku itu, terdapat 100,000 buku pelbagai kategori, daripada seni dan sejarah, kepada buku kanak-kanak.

Selain itu, sudut membacanya yang luas menampilkan taman yang diterangi cahaya bintang, koridor dengan ruang runcit, muzium budaya rakyat dan juga teater.

Setiap sudut kedai buku itu mengajak pengunjung meneroka, menjadikannya lebih daripada tempat untuk membeli buku dan menjadi destinasi untuk mendapatkan inspirasi.

Bagi mereka yang mahukan sesuatu kelainan, The Eyes of GBA turut menempatkan pusat cereka sains, ‘The Three-Body Universe’, serta pameran Teknologi Hitam Shenzhen.

Ia memaparkan inovasi termaju daripada firma teknologi gergasi seperti syarikat pengeluar kereta, BYD; syarikat telefon bijak, Huawei; dan pengeluar dron, DJI.

Pengunjung juga boleh berinteraksi dengan pemasangan dipacu kecerdasan buatan (AI), dron dan peralatan futuristik.

Dengan taman di atas bumbung, sudut membaca bertema dan juga ruang runcit, The Eyes of GBA direka untuk hiburan pengunjung.

Tidak kira sama ada pengunjung mencari buku yang sukar ditemui atau mengambil gambar sesuai untuk dimuat naik ke sosial media, kedai buku itu merupakan destinasi utama di Shenzhen bagi peminat buku dan budaya. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg