Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Kegagalan ‘The Marvels’ bukan isu saya: Iman Vellani

Nov 21, 2023 | 05:15 PM



Kebanyakan filem Marvel Cinematic Universe (MCU) berjaya mencapai kedudukan pecah panggung tetapi filem terkini, The Marvels, nampaknya gagal meraih kutipan box-office yang membanggakan.


Namun, perkara itu bukan satu isu besar buat bintang filem itu, Iman Vellani, 21 tahun.

Beliau yang membawa watak Kamala Khan, adiwira beragama Islam, yang diperkenalkan dalam siri televisyen Disney+, Ms. Marvel, memberitahu laman web, Yahoo Entertainment:


“Kisah kegagalan The Marvels bukan hal saya tetapi isu buat Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Disney, Bob Iger, untuk huraikan.


“Saya tidak mahu fokus pada sesuatu di luar kawalan saya. Jadi apa gunanya?

“Sama ada filem ini pecah panggung atau tidak bukan urusan saya. Saya gembira dengan produk yang tamat dihasilkan.

“Mereka yang saya sayangi juga seronok menonton filem ini.

“Asal orang ramai seronok menyaksikannya, itu sahaja sudah cukup bermakna buat saya.

“Ada ramai adiwira dalam filem ini yang disatukan dalam satu ruang yang sama.

“Ia bukan filem yang memerah pemikiran anda. Ia menyentuh tentang kerjasama berkumpulan dan semangat kewanitaan yang saling menyokong.

“Filem ini menyeronokkan dan saya suka untuk berkongsi keajaiban filem ini dengan ramai orang,” tambahnya.

Sebanyak AS$47 juta ($62,804) dikumpulkan di Amerika Syarikat pada hujung minggu pertama filem itu dibuka.

Ia merupakan hasil kutipan paling rendah dalam sejarah MCU.

Sebelum ini, hasil kutipan paling rendah MCU merupakan daripada filem, The Incredible Hulk, pada 2008, iaitu sebanyak AS$55.4 juta.


Pada hujung minggu kedua, The Marvels mengumpulkan AS$10.2 juta.


Ia merupakan kemerosotan sebanyak 78 peratus berbanding minggu pertama.

Ant-Man and the Wasp: Quantumania sebelum ini mencatat kemerosotan sebanyak 69.9 peratus.


Pihak pengurusan MCU meramalkan The Marvels tidak mungkin akan mencapai kutipan box-office sebanyak AS$100 juta di Amerika.


Menurut Iman, filem itu mendapat kritikan warganet di media sosial dan kononnya gagal kerana dilakonkan tiga wanita yang membawa watak tiga wirawati di samping diarah sutradara wanita.

Situasi itu dipertahankan penulis buku seram, Stephen King, yang mengecam pengguna aplikasi X (dahulunya Twitter).

“Saya tidak menonton filem MCU, tak kisah pun tentang filem ini tetapi saya berasakan apabila anda kerap bingit dan mempersoal kegagalan The Marvels, ia bukan sesuatu yang baik. Buat apa persoalkan tentang kegagalan?” jelas King kepada sekitar 7.1 juta pengikut X beliau.


Menurut Iman, dirinya terharu apabila King memarahi mereka yang bersikap negatif.

“Saya rasa tak wajar kalau dalam kalangan peminat filem MCU sendiri, ada yang bersikap toksik dan ingin menjatuhkan.

“Kalau ada yang rasa teruja tentang sesuatu perkara, biarkan sahaja. Kalau anda ingin mengkritik, beri kritikan membina. Suarakan apa yang terbuku dalam hati. Jangan matikan semangat orang lain.

“Saya pernah rasakan semua ini. Selalu dikecam apabila saya tahu saya lakukan sesuatu yang mencetus inspirasi,” tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >