Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kegiatan buka hati, minda

Sep 27, 2023 | 5:30 AM
DATUK LAT: Kartunis ikonik yang akan menyampaikan ucapan dasar bagi Pesta Penulis Singapura.
DATUK LAT: Kartunis ikonik yang akan menyampaikan ucapan dasar bagi Pesta Penulis Singapura. - Foto THE MALAYSIAN RESERVE
JAMAL ISMAIL: Menghasilkan karya ‘Ombak Selatan’ untuk televisyen dengan teksnya menjejak kehidupan keluarga di Pulau Sudong dan Pasir Panjang yang menemui cahaya baru di kawasan kejiranan baru dengan landskap emosi terasa daripada setiap penjelasan kata-kata.
JAMAL ISMAIL: Menghasilkan karya ‘Ombak Selatan’ untuk televisyen dengan teksnya menjejak kehidupan keluarga di Pulau Sudong dan Pasir Panjang yang menemui cahaya baru di kawasan kejiranan baru dengan landskap emosi terasa daripada setiap penjelasan kata-kata. - Foto ARTS HOUSE LIMITED

Ada beberapa acara yang dekat di hati penggemar sastera dan sulaman kata-kata indah yang boleh disertai orang ramai, sama ada secara percuma atau berbayar.

CERAMAH UCAPAN DASAR PESTA BERSAMA LAT

  1. Kartunis Malaysia, Datuk Lat, menerbitkan kartun pertamanya pada usia muda 13 tahun. Gaya, humor bijak dan takrifan peribadinya tentang isu sosial sekeliling dan dunia menarik ramai peminat merentasi kaum, bahasa dan budaya. Selama 60 tahun, beliau merakam kehidupan peribadinya dan orang lain yang bergelut dengan perubahan berpindah dari kawasan desa ke bandar di samping merakam kenangan Malaysia dan dunia.
  2. Lat akan berkongsi perubahan landskap kehidupan dan persahabatan dan bagaimana kartun menyatukan umat manusia.
  3. Sesi dalam bahasa Inggeris pada 11.30 pagi hingga 12.30 tengah hari, 25 November ini, memerlukan tempahan pas pesta.
  4. Tempat: Screening Room, The Arts House

DIKIR JAM

  1. Dikir barat adalah acara seni yang memikat hari ramai orang. Menerusi tulisan pantun dan kata-kata yang menghiburkan hati, kadangkala persembahan dikir barat juga menyentuh tentang isu semasa dan keprihatinan peminat. Dalam program ini, penyajak dan penulis lirik belajar daripada penulis dikir barat berbakat.
  2. Bengkel di Living Room, The Arts House ini dikendalikan dalam bahasa Melayu pada 19 November, antara 5.30 petang hingga 7 malam. Bayaran $10 dikenakan.

LAYAR KE TEKS BERSAMA JAMAL ISMAIL DAN ASNIDA DAUD

  1. Sasterawan Jamal Ismail bertemu dengan penggiat seni Asnida Daud untuk berbincang tentang kerja seni terkini Jamal, Ombak Selatan, yang menceritakan tentang isu perpindahan penduduk Pulau Selatan. Karya ini awalnya ditulis untuk televisyen dengan teksnya menjejak kehidupan keluarga di Pulau Sudong dan Pasir Panjang yang menemui cahaya baru di kawasan kejiranan baru dengan landskap emosi terasa daripada setiap penjelasan kata-kata.
  2. Sesi yang dikendalikan dalam bahasa Melayu ini berlangsung di Demonstration Room, Muzium Tamadun Asia pada 18 November, 4 hingga 5 petang.
  3. Pas pesta diperlukan untuk menyertai acara ini.

Rujuk pada laman https://www.singaporewritersfestival.com/ticketing-guide untuk keterangan lanjut mengenai pas pesta berharga $30 (umum) dan $15 (belia) atau program bertiket antara $15 hingga $60.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg