Kegiatan menarik didik anak cintai alam sekitar
Bersantai di Farmer’s Market @ Expo
Untuk keluarga yang gemar suasana pasar hujung minggu yang santai, Farmer’s Market @ Expo menawarkan peluang untuk si cilik mengenali gaya hidup sihat dan kemampanan sejak kecil.
Selain meneroka hasil tani tempatan, tumbuhan, dan kraf buatan tangan, pengunjung juga boleh menikmati muzik secara langsung, dan demonstrasi seni bunga sambil bersantai bersama keluarga.
Tarikh: 24 dan 25 Januari
Waktu: 11 pagi hingga 4 petang
Tempat: Singapore Expo, Atrium Dewan 5, 1 Expo Drive
Harga masuk: Percuma
Untuk maklumat lanjut, layari laman web, https://bh.sg/farmer.
Didik anak tukar barang terpakai
Jika anda mahu si cilik belajar mengenai kemampanan menerusi permainan dan perkongsian, acara Family Eco-Warriors menggabungkan penceritaan, kraf tangan mesra alam, serta kegiatan menukar barang terpakai dalam satu pengalaman bermakna.
Kanak-kanak boleh bertukar-tukar mainan, buku, atau pakaian lama dengan rakan sebaya lain, manakala ibu bapa boleh menyertai sesi santai untuk berkongsi idea membesarkan anak yang peka terhadap alam sekitar.
Tarikh: 25 Januari
Waktu: 10 pagi hingga 12 tengah hari
Tempat: Swapaholic, Blok B Clarke Quay, 3B River Valley Road, B1-02
Harga masuk: $5 bagi seorang anak dan seorang ibu bapa
Untuk membeli tiket atau maklumat lanjut, layari laman web, https://bh.sg/swap.
Belajar jaga bumi melalui karnival hijau
Bagi keluarga yang ingin memulakan tahun baru dengan kesedaran alam sekitar, acara Funfair of Forgotten Futures mengajak kanak-kanak belajar tentang isu bumi melalui permainan dan kegiatan kreatif.
Karnival ‘pop-up’ ini menampilkan permainan, bengkel, dan pemasangan seni yang diperbuat daripada bahan mampan, lantas menjadikan pembelajaran tentang alam sekitar sesuatu yang menyeronokkan dan mudah difahami.
Tarikh: Kini hingga 15 Februari
Waktu: 10 pagi hingga 7.30 malam
Tempat: Banyan Cove, Aras 1 Temasek Shophouse, 28 Orchard Road
Harga masuk: Percuma
Untuk maklumat lanjut, layari laman web, https://bh.sg/funfair.

