Kegiatan menarik untuk seisi keluarga hujung Jan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kegiatan menarik untuk seisi keluarga hujung Jan

Jan 29, 2026 | 5:30 AM

Kegiatan menarik untuk seisi keluarga hujung Jan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
The Safaa Safiyyah Publication, Kids Bookfest
Ini merupakan edisi keempat pesta buku ‘Kids Bookfest’, anjuran The Safaa Safiyyah Publication. - Foto THE SAFAA SAFIYYAH PUBLICATION

Pesta buku ‘Kids Bookfest’

Edisi keempat pesta buku ‘Kids Bookfest’, anjuran The Safaa Safiyyah Publication, menampilkan buku dalam Bahasa Melayu, Inggeris dan Arab, termasuk tema Islam.

Kanak-kanak boleh mengikuti sesi penceritaan dan kraf, manakala ibu bapa berpeluang menghadiri sesi keibubapaan seperti ceramah tentang Ujian Kemasukan Madarasah (MET).

Tarikh: 31 Januari
Lokasi: Common Ground @ Bedok, Aras 1, 21 Bedok North Street 1
Waktu: 10 pagi hingga 8 malam

Untuk maklumat lanjut, layari laman web, https://bh.sg/bookfest.

Walaupun musim perlumbaan telah berakhir, bawa keluarga anda ke kedai Pitstop Collective untuk melihat dan membeli pelbagai barangan rasmi Formula 1 (F1).
Walaupun musim perlumbaan telah berakhir, bawa keluarga anda ke kedai Pitstop Collective untuk melihat dan membeli pelbagai barangan rasmi Formula 1 (F1). - Foto PITSTOP COLLECTIVE

Kedai bertema F1 pertama di S’pura

Rasai semula keseronokan Formula 1 (F1) di Pitstop Collective, kedai bertema F1 pertama di Singapura.

Walaupun musim perlumbaan telah berakhir, anda sekeluarga masih boleh merasai suasana litar dengan melihat dan membeli pelbagai barangan rasmi F1 sepanjang tahun.

Kedai ini menawarkan pilihan luas pakaian, aksesori, mainan dan barangan koleksi, termasuk edisi vintaj yang jarang ditemui di pasaran.

Lokasi: HarbourFront Centre, #01-93, 1 Maritime Square
Waktu Operasi: 10 pagi hingga 9 malam setiap hari

Untuk maklumat lanjut, layari laman web, https://bh.sg/pitstop.

Kagumi dinosaur animatronik bersaiz sebenar di Cloud Forest di Gardens by the Bay.
Kagumi dinosaur animatronik bersaiz sebenar di Cloud Forest di Gardens by the Bay. - Foto GARDENS BY THE BAY

Selami dunia dinosaur di Gardens by the Bay

Masuki dunia Jurassic World dalam Cloud Forest di Gardens by the Bay dan bersiaplah untuk pengembaraan yang menakjubkan bersama seluruh keluarga.

Di sini, dinosaur animatronik bersaiz sebenar menghidupkan semula zaman prasejarah, termasuk Brachiosaurus setinggi 8.5 meter yang menjulang di atas anda hingga Tyrannosaurus rex yang menakutkan tetapi memukau.

Waktu: 9 pagi hingga 9 malam
Lokasi: Gardens by the Bay, Cloud Forest, 18 Marina Gardens Drive
Harga Tiket: Dari $22 untuk kanak-kanak, dan dari $26 untuk dewasa

Untuk beli tiket dan maklumat lanjut, layari laman web, https://bh.sg/jurassic.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg