Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Kemalangan ski ragut nyawa bintang 'Hannibal Rising', Gaspard Ulliel

Jan 20, 2022 | 10:47 PM



BINTANG Perancis, Gaspard Ulliel, yang membawa watak Hannibal Lecter ketika muda dan mempunyai peranan bukan calang-calang dalam siri Marvel TV, meninggal dunia pada Rabu (19 Januari) pada usia 37 tahun menyusuli satu kemalangan ski di pusat peranginan La Rosiere di Savoie, jelas keluarganya.



Ulliel sudah berada di tangga atas dalam kalangan pelakon Perancis dan menerima perhatian di peringkat antarabangsa kerana lakonannya sebagai kanibal terkenal dalam Hannibal Rising pada 2007.



Mendiang juga memainkan peranan utama sebagai Midnight Man dalam siri Marvel TV, Moon Knight, yang dibintangi Oscar Isaac, dan akan dilancarkan di aplikasi penstriman Disney+ pada Mac.



Keluarganya mengesahkan berita kematiannya yang berpunca daripada kemalangan ski di bahagian tenggara Perancis pada Selasa, jelas satu kenyataan yang diserahkan kepada agensi berita AFP oleh ejennya.



Seorang jurucakap daripada stesen ski itu berkata seorang pemain ski lain telah merempuh Ulliel pada pertemuan dua cerun lereng.



Mendiang yang mempunyai seorang anak lelaki berusia enam tahun digegaskan ke hospital di Grenoble dengan menaiki helikopter di mana beliau kemudian menghembuskan nafasnya yang terakhir, tambah ejen itu.



Pada 2017, Ulliel memenangi Anugerah Cesar persis Anugerah Oscar versi Perancis bagi Pelakon Lelaki Terbaik untuk filem It's Only The End Of The World, di mana beliau berlakon bersama Marion Cotillard dan Lea Seydoux.



Pada 2005, beliau turut memenangi Anugerah Cesar bagi Pelakon Lelaki Harapan selepas muncul dalam drama Perang Dunia Pertama, A Very Long Engagement, bersama Audrey Tatou.



Beliau juga membintangi Saint Laurent, salah satu daripada dua filem riwayat hidup tentang pereka legenda yang ditayangkan pada 2014. Beliau bagaimanapun tewas di tangan bintang filem pesaing bagi mendapatkan Anugerah Cesar, Pierre Niney.



Niney, bagaimanapun, adalah yang pertama memberikan salam takziah di Twitter dengan menulis: "Patah hati. Gaspard adalah seseorang yang melambangkan kemurahan hati dan baik budi. Paras rupa tampan dan berbakat." - AFP



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >