Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

KAKI JALAN

Kenali Sapa ‘Kota Awan’ di Vietnam

Jurugambar BM tinjau budaya suku kaum H’mong sambil nikmati alam menghijau
Oct 22, 2023 | 05:32 AM



Wajah ceria kanak-kanak yang sudah biasa melihat pelancong berkunjung ke Sapa, sebuah kota di Pergunungan Hoang Lien Son di barat laut Vietnam menyambut kedatangan saya dan isteri. Betapa comelnya mereka sehingga senyuman terukir di bibir kami dalam kembara beberapa tahun lalu.

Kami juga lihat kegigihan warga senja di Sapa, mencari rezeki demi penakatan dalam keadaan ekonomi yang terus mencabar. Ada yang menghasilkan kraftangan. Ada yang berjualan di pasar dan ada yang bercucuk tanam.

Sapa akan sentiasa dikenang sebagai pangkalan aktiviti ‘trekking’ yang terkenal. Anda boleh terpaku melihat sawah teres di Lembah Muong Hoa, berhampiran puncak gunung Phang Xi Pang setinggi 3,143 meter. Perlu hati-hati sebab di situ jalanannya curam.

Sesuatu yang membuat ramai terpegun adalah jolokan yang diberi kepada Sapa yang dipanggil ‘kota awan’. Anda akan dapat melihat awan putih bersih berarak perlahan di atas gunung-ganang. Berdiri di puncak bukit atau gunung sahaja menenangkan apabila anda dapat menghirup udara segar, jauh beza daripada berada di kota kosmopolitan yang sibuk dan diselubungi asap kenderaan.

Di Lembah Muong Hoa, keadaannya cukup romantis dengan alam menghijau yang tidak terusik pun dengan kegiatan perbandaran. Budaya kaum minoriti seperti ‘orang asli’ Vietnam begitu berwarna-warni. Terdapat banyak seni ukiran kaum kuno Vietnam yang dapat anda lihat jika anda berjalan-jalan meninjau kraftangan yang banyak terjual di jalanannya.

Sekitar 100 kilometer dari Sapa, terdapat pasar perkauman Bac Ha yang menarik masyarakat daripada puak gunung dan bukit-bukau untuk berhimpun dan berjual-beli. Sebagai pelancong, seronok menyaksikan mereka menggayakan pakaian tradisional masing-masing.

Terdapat juga apa yang dipanggil sebagai ‘Pasar Cinta Sapa’ di mana si teruna menyapa si gadis dalam usaha mencari jodoh. Di sini, mata si teruna akan meninjau si dara yang sedang menari tarian tradisional. Siapa tahu ada ‘chance’ untuk berkenalan dan keluar dating selepas ini? ‘Pasar Cinta Sapa’ ini beroperasi setiap petang Sabtu.


Perjalanan kami juga membawa kami ke Kampung Cat Cat yang penuh dengan rumah buatan kayu dan papan. Di sini, sungainya mengalir deras. Inilah kediaman puak H’mong yang masih lagi mengekalkan tradisi zaman-berzaman menyulam fabrik brokat yang cantik.

Kunjungan ke kampung ini membuka mata kerana penduduknya ramah. Anda juga dapat mempelajari budaya mereka dan mengetahui cerita adat istiadat H’mong. Puak ini menekankan hubungan saudara-mara yang akrab serta nilai-nilai menghormati orang tua.

Apakah yang paling menyeronokkan jika ke Sapa? Pastinya apabila berada di puncak Gunung Tram Ton Pass yang dipanggil Heaven Gate (Pintu Syurga). Sekitar 18 kilometer menuju ke utara Sapa, kami melihat lembah antara Gunung Fansipan yang berdiri megah. Ada jalanan berliku yang tidak dapat anda lupakan jika kali pertama berkunjung ke Sapa.


Untuk ke Sapa dari Hanoi, naiki kereta api ke Lao Cai sebelum menaiki bas atau teksi bagi perjalanan sekitar sejam. Keseluruhannya, anda menghabiskan masa lapan jam untuk sampai ke Sapa dengan cara sebegini. Tapi puas dapat menyaksikan pemandangan indah sepanjang perjalanan.

Kalau ingin menaiki kereta api ekspres yang beroperasi secara harian dari Hanoi ke Lao Cai atau Lao Cai ke Hanoi, bersiap sedia di Stesen Gia Lam pada 9.35 malam atau 10 malam. Perjalanannya lancar sebab kereta api ekspres ini hanya berhenti di stesen terpilih.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >