Topik diikuti
Pergi ke BHkuKerja pelik tapi benar 5 hero Hollywood
Kerja pelik tapi benar 5 hero Hollywood
Mereka berlima merupakan pelakon lelaki utama dalam filem aksi dan dianggap bergaya dan tampan.
Namun, sebelum mengecapi populariti, mereka menjalankan pekerjaan yang dianggap pelik tetapi benar. Bagi mereka, ia tugas yang menyeronokkan.
Laman web, Business Insider, menyingkap.
BRAD PITT
Usia: 60 tahun
Tugas pelik: Sebelum bergelar wira, Brad Pitt adalah maskot ayam yang membahagikan risalah iklan kedai ayam goreng, El Pollo Loco (Crazy Chicken), kepada orang ramai. Apakah beliau perlu pandai ‘berkokok’ sambil menyarung kostum berat sang ayam?
JOHNNY DEPP
Usia: 60 tahun
Tugas pelik: Sebelum mengecapi populariti, Johnny Depp, yang menjayakan watak utama dalam filem, Pirates of the Caribbean, adalah pegawai pemasaran. Apa yang peliknya? Beliau perlu menghubungi orang yang tidak dikenali dan memberitahu mereka menerima hadiah jam dinding atau lawatan ke Tahiti jika menempah puluhan pena mewah.
HUGH JACKMAN
Usia: 55 tahun
Tugas pelik: Badut pesta hari lahir yang dibayar AS$50 ($67.23) bagi setiap acara yang dijayakan. Ini dilakukannya selama tiga tahun. Beliau adalah Coco the Clown yang tiada kemahiran membuat silap mata sehingga sering dikecam kanak-kanak yang hampa.
MATTHEW MCCONAUGHEY
Usia: 54 tahun
Tugas pelik: Bersihkan reban ayam di Australia dan mencuci pinggan mangkuk. Beliau tidak menyesali pengalaman itu dan seronok melakukannya.
SEAN CONNERY
Meninggal dunia pada 31 Oktober 2020 pada usia 90 tahun
Tugas pelik: Sebelum bergelar James Bond, Sean Connery, pernah bertugas sebagai penggilap keranda bahkan beberapa kali dilihat temannya tertidur di dalam keranda kosong.