Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Khidmat sewa pakaian musiman ringankan bagasi pelancong ke Jepun

Jul 09, 2023 | 05:31 AM



Pelancong ke Jepun tidak lama lagi akan dapat memanfaatkan busana mesra alam sambil memastikan ruang bagasi mereka tidak sarat dengan pakaian.

Dalam usaha untuk mengurangkan kadar karbon dioksida dan metana yang dilepaskan ke udara, syarikat penerbangan Japan Airlines (JAL) dan syarikat dagangan Sumitomo Corporation akan menawarkan khidmat menyewa pakaian bagi memenuhi keperluan musiman demi meringankan beg pelancong.

Khidmat sewa pakaian Any Wear, Anywhere akan dilancarkan pada Rabu, menurut laman web JAL.


Pengguna khidmat ini akan dikehendaki menyerahkan maklumat yang diperlukan sekurang-kurangnya sebulan lebih awal meliputi butiran penerbangan mereka, tempoh penginapan dan saiz pakaian pilihan mereka.

Pakaian itu akan dihantar ke hotel mereka di Jepun.

Kos sewa akan bermula daripada 4,000 yen ($37) dan ini berbeza-beza bergantung pada bilangan barangan yang disewa.

Khidmat menyewa itu hanya tersedia untuk penerbangan JAL ke Jepun sehingga Ogos 2024, lapor Nikkei Asia.


Sumitomo Corp sedang mempertimbangkan untuk melanjutkan perkhidmatan kepada syarikat penerbangan lain dalam pakatan Oneworld, yang termasuk Qatar Airways, Qantas, British Airways dan Malaysia Airlines.


Dengan memberi pilihan buat pengembara membawa kurang sedikit pakaian bertujuan mengurangkan berat bagasi mereka dan seterusnya mengurangkan pelepasan gas rumah hijau.

Menurut JAL, pengurangan 1 kilogram untuk penerbangan dari New York ke Tokyo akan mengurangkan pelepasan karbon dioksida sebanyak 0.75 kilogram kerana pesawat itu akan menggunakan lebih bahan api.

Khidmat penyewaan pakaian itu akan digabungkan dengan usaha Sumitomo Corporation untuk mengurangkan pembaziran pakaian dengan semakin banyak barangan fesyen kegunaan pantas yang dibuang.

Barangan terpakai dan baru ini akan ditawarkan melalui perkhidmatan Any Wear, Anywhere dengan kerjasama cucian kering Jepun, Hakuyosha, dan jenama gaya hidup tempatan Wefabrik, yang mengendalikan pasaran dari satu perniagaan ke perniagaan lain yang membantu peruncit pakaian tempatan menjual lebihan inventori.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >