Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Kilang canggih Hyundai tonjol kecerdasan buatan, kreativiti teknologi tinggi

Nov 29, 2023 | 05:33 PM



Sebaik sahaja menjejak kaki masuk ke pusat pemasangan kenderaan elektrik (EV) Hyundai di Jurong, suasana senyap, bersih lagi nyaman menyambut ketibaan pengunjung.

Ia jauh berbeza daripada kilang kereta tradisional yang bising, berbau dan ‘berselerak’.

Dikenali sebagai Pusat Inovasi Kumpulan Hyundai Motor Singapura (HMGICS), ia merupakan kemudahan pemasangan kenderaan pertama di sini dalam tempoh empat dekad.

Disepadukan dalam Kawasan Inovasi Jurong, pusat itu dilengkapi dengan pelbagai peralatan dan memanfaatkan teknologi canggih seperti robotik, kecerdasan buatan (AI) dan alat pemantauan.

Ia berupaya mengeluarkan sehingga 30,000 EV setahun.

Beroperasi sejak awal 2023, HMGICS sudah pun menghasilkan model kereta Hyundai Ioniq 5 dan robotaxi Ioniq 5, sebuah kereta autonomi sepenuhnya.

Hyundai akan turut membina kereta Ioniq 6 di tapak itu mulai 2024.

Kemudahan itu juga akan berfungsi sebagai tempat ujian untuk membangunkan huraian mobiliti masa hadapan – termasuk Kenderaan Binaan Tujuan (PBV).

Berucap di majlis perasmian pusat itu baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong berkata pelaburan Hyundai di Singapura memanfaatkan kekuatan Singapura dalam pembuatan termaju, teknologi digital dan inovasi.

“Demi menambat segala kemungkinan menarik seperti ini di Singapura, kami sedang membangunkan platform untuk inovasi seperti Kawasan Inovasi Jurong.

“Kami berhasrat menyatukan keupayaan yang betul dalam satu lokasi, daripada teknologi termaju seperti robotik dan AI, serta pekerja berkemahiran tinggi, supaya Singapura boleh terus menjadi hab berdaya saing dan bertenaga untuk pembuatan termaju, mobiliti bandar dan bidang lain,” kata Encik Wong.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan Hyundai Motor, Encik Euisun Chung pula berkata:

“HMGICS ialah hab inovasi bandar terbuka dan bersambung yang menggalakkan dan merangkumi kreativiti dan kerjasama. Ia bertujuan mentakrifkan semula sepenuhnya konsep pembuatan.”

Tinjauan wartawan ke pusat itu menunjukkan proses pengeluaran canggih buat masa depan.

Terdapat komponen kenderaan yang di bawa dari sana ke sini oleh robot yang bergerak sendiri secara teratur.

Kelihatan juga jentera robot mirip lengan tangan yang berupaya memasang kerusi pada kereta.

Tidak ramai pekerja manusia yang kelihatan bertugas.

Menurut Hyundai, sekitar 50 peratus tugas di pusat itu dilaksanakan oleh 200 robot. Baki tugas yang dikendalikan manusia juga digabung dan disokong dengan pelbagai teknologi seperti sistem pemantauan dan alat perhubungan canggih.

Robot misalnya berupaya melakukan pemasangan, pemeriksaan dan organisasi kemudahan pengeluaran, dan menjaga lebih 60 peratus pengurusan proses, pesanan dan pengangkutan komponen.

Terdapat sejenis robot dengan nama Spot, yang mirip seekor anjing. Ia dilengkapi kamera yang berupaya membuat pemeriksaan ke atas tugas pemasangan yang dijalankan. Jika ia mengesan kesilapan, isyarat akan dikeluarkan agar pembetulan dapat dijalankan secepat mungkin.

Robot sedemikian berupaya membebaskan manusia daripada tugas yang berulang-ulang dan susah supaya dapat memberi tumpuan kepada tugas yang lebih kreatif dan produktif.

Namun Encik Wong berkata, pekerja tidak perlu khuatir tugas mereka akan diambil alih robot kerana masih terdapat banyak pekerjaan untuk mereka.

“Kami akan meningkatkan kemahiran dan keupayaan agar pekerja boleh melaksanakan pekerjaan bernilai lebih tinggi. Jadi di Singapura, ia bukan tentang robot mengambil alih manusia, tetapi manusia dan robot bekerjasama untuk mencipta lebih banyak nilai,” kata Encik Wong.

HMGICS memperkenalkan konsep ‘hab mobiliti bandar pintar’ baru, merangkumi sistem pengeluaran fleksibel lagi automatik dan menyediakan cara yang belum pernah berlaku sebelum ini, untuk pembeli EV berinteraksi dengan kenderaan mereka dan jenama Hyundai.

Ia juga melambangkan keazaman Hyundai untuk maju dengan kepimpinan sejagatnya dalam penciptaan huraian mobiliti yang mampan, inovatif dan menawarkan pengalaman pelanggan yang progresif.

Selain mengeluarkan kereta, HMGICS juga mempunyai kebun bijak yang berupaya menghasilkan sayur-sayuran.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >