Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kisah di sebalik 5 lagu paling banyak dirakam semula

Feb 19, 2024 | 5:30 AM
The Beatles menghasilkan lagu, Yesterday, yang merupakan lagu dengan jumlah rakaman ‘cover’ paling banyak iaitu lebih 3,000 versi tentang penyesalan lelaki yang mendambakan cinta silam kembali lagi.
The Beatles menghasilkan lagu, Yesterday, yang merupakan lagu dengan jumlah rakaman ‘cover’ paling banyak iaitu lebih 3,000 versi tentang penyesalan lelaki yang mendambakan cinta silam kembali lagi. - Foto fail

Kerana iramanya yang lunak dan menggamit memori serta liriknya yang menyentuh kalbu, beberapa lagu Inggeris ini disifatkan sebagai yang paling banyak dirakam semula sebagai ‘cover’ oleh artis lain.

Apakah kisah di sebalik ciptaan lagu ini?

‘YESTERDAY’

  1. Nyanyian asal The Beatles
  2. Terdapat lebih 3,000 versi ‘cover’ lagu ini dirakam semula – paling banyak sehingga tersenarai dalam Buku Rekod Guinness.
  3. Antara artis yang pernah merakam semula lagu itu ialah, Joan Baez, Liberace, Frank Sinatra, Elvis Presley, En Vogue dan Boyz II Men.
  4. Lagu sedih itu mengisahkan tentang jejaka yang kehilangan gadis pujaannya. Dia payah mencari cinta hati baru lantas mengenang detik manis yang pernah dilalui bersama dahulu. Paul McCartney yang mencipta lagu itu merakam seorang diri lagu tersebut di studio.

‘SUMMERTIME’

  1. Nyanyian asal penyanyi soprano Amerika, Abbie Mitchell.
  2. Lebih 25,000 versi ‘cover’ lagu itu dipersembahkan sebagai lagu dalam talian tetapi tidak semestinya dirakam secara rasmi oleh artis.
  3. Antara artis yang pernah merakam semula lagu tersebut ialah, Billie Holiday, Ella Fitzgerald & Louis Armstrong, Miles Davis, Sam Cooke, Lana Del Rey dan Sonny & Cher.
  4. George Gershwin mencipta lagu itu pada 1934 sebagai lagu untuk pementasan opera, Porgy and Bess. Ia kemudian diberi sentuhan jaz. Ilham mendatang pada 11 malam.

‘BILLIE JEAN’

  1. Nyanyian asal Michael Jackson
  2. Ribuan versi ‘cover’ lagu itu sudah dirakam dan dimuatnaikkan dalam talian.
  3. Antara artis yang pernah merakam semula lagu itu ialah Jose Feliciano, Amanda Palmer, Chris Cornell, Coldplay dan The Roots yang menampilkan Erykah Badu.
  4. Lagu itu mengisahkan tentang pengalaman sebenar Jackson diekori seorang wanita yang mendakwa beliau adalah bapa kepada anak kembarnya yang dilahirkan di luar nikah. Quincy Jones selaku penerbit lagu itu awalnya ingin memberi judul, Not My Lover, kerana khuatir ia disalah anggap sebagai lagu tentang bintang tenis, Billie Jean.

‘LOVE ME TENDER’

  1. Nyanyian asal Elvis Presley
  2. Banyak versi ‘cover’ yang dihasilkan.
  3. Antara artis yang pernah merakam semula lagu itu ialah Linda Ronstadt, Barbra Streisand, The Residents dan Norah Jones.
  4. Lagu itu adalah karya pertama dendangan Elvis yang dimuatkan sebagai runut bunyi filem (OST), Love Me Tender. Selepas lagu itu dipersembahkan dalam The Ed Sullivan Show, ramai terpaut hati pada keindahan karya itu dan sejuta unit lagu tersebut ditempah pelanggan sebelum jualan dibuka kepada ramai.

‘BRIDGE OVER TROUBLED WATER’

  1. Nyanyian asal Simon & Garfunkel.
  2. Banyak versi ‘cover’ lagu itu boleh ditemui di YouTube.
  3. Antara artis yang pernah merakam semula lagu itu ialah Josh Groban, Whitney Houston, Roy Rogers, Shirley Bassey dan Buck Owens and the Buckaroos.
  4. Paul Simon mencipta lagu itu bagi memberi keselesaan kepada golongan yang memerlukan teman mendengar. Menurutnya, ilham bagi lagu itu datang secara tiba-tiba sehinggakan beliau sendiri kagum tentang keupayaannya menghasilkan lagu yang ikonik hingga ke hari ini.
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg