Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Koleksi batik tulisan tangan gah diperagakan di Amsterdam

Jul 4, 2025 | 3:40 PM
Yani Bakhtiar
Pereka fesyen, Yani Bakhtiar (dua dari kiri) bersama para model yang memperagakan rekaannya di International Fashion Week Amsterdam 2025. - Foto ihsan YANI BAKHTIAR

Mendapat jemputan pertunjukan fesyen pada saat akhir tidak melemahkan semangat pereka fesyen, Yani Bakhtiar.

Malah, dalam tempoh 10 hari, pemilik butik jenama Yani Bakhtiar itu berjaya menyiapkan 20 koleksi pakaian batik untuk diperagakan, lapor BH Online.

Semangat itu diperoleh sebaik Yani yang lebih mesra dipanggil Kak Yan dan buat kali pertama mendapat jemputan memperagakan koleksinya di International Fashion Week Amsterdam 2025.

Acara anjuran International Fashion Week itu diadakan pada 8 hingga 16 Jun lalu yang berlangsung di Amsterdam, Netherlands.

Yani berkata beliau mendapat jemputan itu beberapa hari selepas pulang dari Festival Filem Cannes ke-78 di Milan, Italy awal Jun.

Katanya, koleksi pakaian yang diperagakan bermotifkan batik dengan tema ‘modest batik’.

“Saya bersengkang mata menyiapkan 20 koleksi batik tulisan tangan dan syukur idea datang mencurah-curah. Saya berjaya siapkan dalam tempoh 10 hari.

“Semuanya berjalan lancar tanpa sebarang masalah dan paling penting, saya gembira apabila berjaya membawa batik tulisan tangan diperagakan di pentas berprestij,” katanya.

Yani turut berharap terus diberi peluang dan tawaran memperagakan koleksi batik rekaannya di pentas fesyen terkemuka dunia supaya lebih ramai mengenali mengenai batik Malaysia.

“Saya berharap peluang memperagakan batik di Amsterdam itu juga dapat membuka ruang memperluaskan pasaran koleksi batik tulisan tangan,” katanya.

Sudah empat tahun berturut-turut, koleksi fesyen batik Yani diperagakan di luar negara antaranya, London, Paris dan Amerika Syarikat.

Batiknya juga kini berjaya dijual di beberapa kota di Amerika terutama di Los Angeles, San Francisco dan New York.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg