Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Koleksi terkini Musim Luruh 2024

WHe@Produk
Oct 23, 2024 | 5:30 AM
Rangkaian alat solek Anastasia Beverly Hills memperkenalkan koleksi baru ‘Lip Velvet’ dan ‘Glow Seeker Highlighter’ yang ikonik selain pembayang mata, ‘Sugar Mini Eyeshadow Palette’ dan ‘Spice Mini Eyeshadow Palette’.
Rangkaian alat solek Anastasia Beverly Hills memperkenalkan koleksi baru ‘Lip Velvet’ dan ‘Glow Seeker Highlighter’ yang ikonik selain pembayang mata, ‘Sugar Mini Eyeshadow Palette’ dan ‘Spice Mini Eyeshadow Palette’. - Foto ANASTASIA BEVERLY HILLS

Produk kecantikan Anastasia Beverly Hills memperkenalkan koleksi baru bagi rangkaian Lip Velvet dan Glow Seeker Highlighter yang ikonik, sesuai dengan suasana musim yang lebih sejuk dan tenang.

Di samping itu, rangkaian Liquid Liner kini hadir dengan warna baru yang memberi sentuhan segar pada penampilan.

Antara produk utama termasuk pembayang mata, Sugar Mini Eyeshadow Palette dan Spice Mini Eyeshadow Palette, yang dijual pada harga $50 setiap satu.

Kedua-dua palet itu mengandungi sembilan rona menarik dan bersaiz kecil, sesuai disimpan di dalam beg tangan.

Untuk bibir yang menawan, Lip Velvet yang dijual pada harga $42 kini boleh didapati dengan empat rona baru, manakala Glow Seeker Highlighter, berharga $60, menawarkan kilauan semula jadi yang memikat.

Semua produk dalam koleksi Musim Luruh 2024 ini boleh didapati secara eksklusif di Sephora.sg dan di kedai fizikal Sephora.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg