Konsert Ungu ditunda 13 Nov, tambah sesi interaksi buat peminat yang sudah beli tiket
Pengguna Berdaftar
Konsert Ungu ditunda 13 Nov, tambah sesi interaksi buat peminat yang sudah beli tiket
Sep 21, 2023 | 5:30 AM
LEBIH INTERAKSI: Sebagai hadiah buat peminat yang sudah membeli tiket, Ungu bakal mengadakan sesi interaksi bersama mereka, disertakan dengan sesi soal jawab. - Foto DAILY ENTERTAINMENT ASIA
Konsert Ungu, Rhythms of Passion: Ungu Live in Concert, yang dijadual berlangsung di Teater The Star, Singapura, pada 28 September ini ditunda kepada 13 November atas sebab yang tidak dapat dielakkan pihak pengurusan artis dan penganjur konsert, Daily Entertainment Asia.
Pemilihan tarikh itu dirasakan lebih sesuai kerana ia jatuh pada cuti umum Deepavali dengan masa konsert juga diawalkan dari 8 malam kepada 5 petang bagi membolehkan lebih banyak interaksi dengan penonton.
Laporan berkaitan
Ungu janji konsert luar biasa... dendang 27 lagu! Sep 15, 2023 | 7:31 PM
UNGU ketepi ego, payah berpisah selepas 26 tahunSep 13, 2022 | 1:14 AM

