Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

KRU kembali bersatu dengan ‘Voodoo’

Nov 29, 2024 | 5:30 AM
(Dari kiri) Datuk Yusry Abdul Halim, Edry Abdul Halim dan Datuk Norman Abdul Halim bertekad bersatu kembali dan menghasilkan lagu baru berjudul ‘Voodoo’ untuk tidak menghampakan peminat.
(Dari kiri) Datuk Yusry Abdul Halim, Edry Abdul Halim dan Datuk Norman Abdul Halim bertekad bersatu kembali dan menghasilkan lagu baru berjudul ‘Voodoo’ untuk tidak menghampakan peminat. - Foto BERITA HARIAN MALAYSIA

Selepas enam tahun mengumumkan pembubaran, kumpulan KRU mengesahkan kembali bersatu.

Anggotanya, Datuk Norman Abdul Halim, 52 tahun, berkata keputusan kembali bersama dibuat selepas melihat dua anggota lain, iaitu adiknya, Datuk Yusry Abdul Halim, 51 tahun, dan Edry Abdul Halim, 48 tahun, rancak berkongsi mengenai muzik dan teknologi terkini di aplikasi pesanan WhatsApp mereka.

“Saya masih ingat lagi pada 2018, ketika itu, kami tiada perancangan hendak bubar. Tujuan Konsert Gergasi KRU 25 di Istana Budaya (IB) dianjurkan hanya untuk meraikan ulang tahun KRU ke-25.

“Cuma ketika kira-kira tiga minggu sebelum konsert, Edry luahkan hasrat untuk bubarkan KRU sebab mahu berhijrah ke Manchester, United Kingdom (UK).

“Ketika itu, saya terkejut tetapi hendak buat apa? Edry sudah buat keputusan. Lagipun, saya dan Yusry fikir, apa lagi yang hendak dibuat sebab semua sudah kami lakukan.

“Hendak menang anugerah, buat siri jelajah dan filem? Semua itu sudah kami buat,” kata Norman pada majlis pelancaran single baru, Voodoo, pada 27 November.

Bagaimanapun, Norman juga menambah pengorbanan Edry yang sanggup berulang alik antara Kuala Lumpur dengan Manchester dalam tempoh setahun ini, mendorong mereka kembali bersatu.

Sementara Edry pula berkata penyatuan semula KRU berlaku disebabkan mahu menunaikan impian peminat.

“Satu perkara yang tidak dapat kami nafikan adalah peminat sentiasa bertanya bila KRU hendak buat lagu baru. Apabila kita di seberang laut, hati mana yang tidak tersentuh dengan perhatian diberi,” katanya lagi.

Pada April 2018, KRU yang meledak dengan single Awas mengumumkan pembubaran kumpulan itu dan konsert terakhir mereka, Konsert Gergasi KRU 25 yang diadakan di Malaysia pada 6 Mei 2018.

Laporan berkaitan
Konsert kenangan KRUJul 22, 2024 | 1:34 PM
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg