Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kuih bulan perisa unik tiga jenama ikonik tempatan

Sep 27, 2025 | 5:30 AM
kuih bulan, moon cake, snow skin tupai king, swiss cottage bakery
Swiss Cottage memperkenalkan perisa kuih bulan terkini bagi penggemar perisa durian, ‘Durian Snow Skin Tupai King’. Perisa itu dijual pada harga $138 bagi enam keping kuih bulan. - Foto SWISS COTTAGE BAKERY

Lebih daripada pastri berinti, Perayaan Kuih Bulan melambangkan kesempurnaan, perpaduan dan harapan.

Bagi 2025, tiga jenama terkenal di Singapura menjadikan perayaan itu lebih meriah dengan berinovasi dan mengetengahkan cita rasa unik sesuai bagi setiap lapisan usia yang mencari perisa tradisional mahupun yang moden.

Swiss Cottage Bakery

Swiss Cottage Bakery telah lama dikenali sebagai salah sebuah jenama biskut perayaan halal serta pembuat kuih bulan Durian Snow Skin dan Baked Skin Mooncakes.

Sempena Perayaan Kuih Bulan, Swiss Cottage memperkenalkan empat perisa istimewa bagi penggemar durian, Durian Snow Skin Black Thorn, $108; Musang King Superior, $88; Musang King, $78; dan perisa terbaru Tupai King, $138.

Setiap kotak berisi enam keping kuih bulan durian.

Tupai King menampilkan aroma durian yang harum serta teksturnya yang lembut dengan sedikit rasa masam.

Perisa baru itu sesuai bagi penggemar durian yang mahukan perbezaan rasa.

Bagi peminat pastri bakar, pilihan Baked Skin Mooncakes terdiri daripada rasa teratai klasik tanpa kuning telur, keledek, ubi ungu, kacang merah azuki, coklat, serta gabungan moden seperti osmanthus dan toffee butterscotch.

Ciptaan baru seperti Midnight Truffle, $17.50, dengan inti trufel, menawarkan profil rasa yang menambah sentuhan moden pada tradisi lama.

Ia sesuai dinikmati golongan muda yang inginkan kelainan.

Swensen’s

(Dari atas ikut putaran jam) ‘Mao Shan Wang Mooncake’, $15; ‘Chempedak with Crumble Mooncake’ $12.50; ‘Pistachio Kunafa (kulit perisa coklat) Mooncake’, $15.00; ‘Durian King (D24)’, $13.50, ‘Cookies ‘N’ Cream’, $13.50; dan ‘Sticky Chewy Chocolate’, $13.50.
(Dari atas ikut putaran jam) ‘Mao Shan Wang Mooncake’, $15; ‘Chempedak with Crumble Mooncake’ $12.50; ‘Pistachio Kunafa (kulit perisa coklat) Mooncake’, $15.00; ‘Durian King (D24)’, $13.50, ‘Cookies ‘N’ Cream’, $13.50; dan ‘Sticky Chewy Chocolate’, $13.50. - Foto SWENSEN’S

Gigitan pertama pada Mochi Snowskin Ice Cream Mooncake dari Swensen’s, menawarkan lapisan mochi yang kenyal dan sejuk sebelum aiskrim di dalamnya cair secara perlahan dengan tekstur lembut dan berkrim.

Tekstur kenyal dan licin itu menjadikan gabungan pencuci mulut Jepun, mochi yang tradisional dengan aiskrim moden.

Kali ini, Swensen’s turut memperkenalkan dua inovasi baru kuih bulan iaitu Chempedak with Crumble, gabungan aiskrim cempedak dengan kepingan biskut rangup, serta Pistachio Kunafa yang menjadi kegilaan ramai.

Pistachio Kunafa merupakan campuran aiskrim perisa pistasio dengan empingan kataifi yang garing, dibalut mochi coklat.

Pelanggan juga boleh menikmati pilihan klasik kuih bulan yang lain seperti Mao Shan Wang, Sticky Chewy Chocolate, Cookies ‘N’ Cream dan Durian King (D24).

The Pinch Bakehouse

(Dari kiri) Perisa kuih bulan dari The Pinch Bakehouse, ‘White Jade Pistachio Mooncake’ dan ‘Milk Tea Mochi Mooncake’.
(Dari kiri) Perisa kuih bulan dari The Pinch Bakehouse, ‘White Jade Pistachio Mooncake’ dan ‘Milk Tea Mochi Mooncake’. - Foto THE PINCH BAKEHOUSE

Bagi pencinta pencuci mulut yang ingin sesutu yang kelihatan menarik dan sesuai dijadikan hadiah, The Pinch Bakehouse memperkenalkan koleksi Moonlit Blooms.

Dua perisa utama ialah White Jade Pistachio Mooncake, dengan pes pistasio dan kepingan badam dalam salji kulit putih-ungu yang seimbang dengan tekstur rangup dan lembut.

Sementara Milk Tea Mochi Mooncake, yang merupakan gabungan pes teh susu yang halus dengan mochi kenyal, dibalut dengan kulit lembut berwarna biru lembut.

Setiap kotak yang mengandungi dua perisa White Jade Pistachio Mooncake dan dua perisa Milk Tea Mochi Mooncake, dijual pada harga $69.90.

Kini, Perayaan Kuih Bulan di Singapura lebih bersifat terangkum, moden dan penuh berwarna.

Setiap kuih bulan memberikan pengalaman rasa yang sesuai bagi golongan tua dan muda.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg