Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

‘Kupas’ asal usul ‘shell out’

Jun 13, 2025 | 3:18 PM
shellout, saos
‘Shell out’ daripada Saos dengan sos ketam cili. - Foto BH oleh NUR DIYANA TAHA

‘Shell out’ merupakan sajian makanan laut yang dituang di atas dulang atau meja lalu dinikmati ramai di Singapura, Malaysia dan Indonesia.

Berbeza daripada hidangan biasa, makanan laut seperti ketam, udang, lala, sotong, kupang dan kerang dimasak bersama sos berperisa seperti ketam cili, sambal pedas, mentega bawang putih, kicap manis atau telur masin.

Setelah dimasak, semuanya dituang terus ke atas meja beralas plastik, tanpa pinggan atau mangkuk.

Nak rasa ‘shell out’ sehingga menjilat jari? Makanlah hidangan laut ini dengan tangan.

Seronok, santai dan meriah jika dimakan bersama keluarga dan teman-teman.

Asal usul ‘shell out’ ada kena-mengena dengan konsep makan beramai gaya Cajun di Amerika Syarikat, namun ia mula mendapat tempat di rantau ini apabila restoran tempatan menyesuaikan gaya itu dengan rasa dan budaya Asia Tenggara.

Apa yang menjadikan ‘shell out’ begitu digemari ialah unsur perkongsian dan interaksi. Tiada siapa duduk diam dengan makanan masing-masing.

Tangan akan sering sibuk mengupas udang atau mencecah mantou (roti ban kukus) ke dalam sos pekat.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg