Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Kurang rehat punca Ikmal kemalangan

Sep 04, 2022 | 08:20 PM



PELAKON dan model  berasal dari Malaysia, Ikmal Amry terlibat dalam kemalangan jalan raya bersama isteri dan anaknya semasa dalam perjalanan pulang ke kampung pada petang Sabtu, 3 September.



 



Dalam perkongsiannya yang dimuat naikkan ke laman instagram, beliau berkata, "Allah uji saya dan nak ganti yang lebih baik. Kereta saya hilang kawalan dan terbalik sebanyak lapan kali."



 



Ikmal atau nama penuhnya Mohd Zulikmal Amry Ghazali ketika dihubungi Berita Harian berkata, dia bersama isteri serta anaknya dalam perjalanan pulang ke kampungnya di Melaka untuk menziarahi keluarganya.



 



Ikmal hilang kawalan kereta jenis Volkswagen Polo miliknya itu selepas terlanggar kereta ketika menukar laluan ke kanan jalan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS).



 







Pelakon berusia 28 tahun itu turut berkongsi bahwa dia memandu dalam keadaan kurang rehat setelah tamat penggambaran pada jam 7 pagi. Beliau menambah isteri dan anaknya berada dalam keadaan selamat dan tidak mengalami kecederaan yang teruk.



 



“Saya hanya sempat berehat selama tiga jam. Dalam keadaan kurang rehat, saya kuatkan diri memandu. Saya akui itu satu kesalahan bila memandu dalam keadaan kurang sihat dan rehat,” tulisnya dalam Instagram.



 



Dalam hantaran yang sama, Ikmal turut menjelaskan kemalangan yang berlaku bukanlah kehendak dirinya namun bersyukur kerana semua yang terlibat terselamat.



“Syukur kepada Allah. Dia lindungi kami, orang yang kami langgar, kereta Myvi biru dan Honda sekeluarga. Syukur tiada kemalangan jiwa berlaku.



“Saya ingin meminta maaf kepada semua yang terlibat. Bukan kehendak diri ini. Saya bukan juga nak cakap saya tidak bersalah.



“Tetapi tidak perlu keruhkan keadaan. Duit boleh dicari, nyawa tiada ganti. Jika betul saya bersalah, pihak berwajib sahaja berhak untuk selesaikan,” katanya lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >