Pengguna Berdaftar
‘La Luna’ dekat di hati 2 artis M’sia
Shaheizy Sam guna watak bapa tunggal persiap diri hadapi cabaran bakal besarkan dua anak dara
Nov 19, 2023 | 5:30 AM
PERSEDIAAN TANGANI ISU REMAJA: Shaheizy Sam berterima kasih kepada pengarah Singapura, M. Raihan Halim, kerana memberinya peluang menjayakan filem ‘La Luna’ . - Foto BM oleh KHALID BABA
Rasa teruja bekerjasama dengan pengarah Singapura, M. Raihan Halim, yang mempunyai pemikiran berbeza, timbul di hati dua pelakon Malaysia. Shaheizy Sam dan Sharifah Amani. Selepas menjayakan filem komedi sarat pesanan sosial, ‘La Luna’, kededuanya impikan filem selanjutnya diarah oleh Raihan. BERITA MINGGU (BM) melaporkan kisah Sam dan Nani (gelaran buat Sharifah Amani) yang dapat kaitkan diri mereka dengan isu dalam ‘La Luna’.
Belum pun dua anak perempuannya, Sarima Samheizy dan Salama Samheizy, dewasa dan meniti usia remaja, pelakon Shaheizy Sam Abdul Samad sudah dibelenggu rasa bimbang.
Laporan berkaitan
Tidak akan terlena dengan ‘La Luna’Nov 17, 2023 | 2:48 PM
Pengarah M. Raihan Halim teruja filem ‘La Luna’ ditayang, ditanding di TokyoOct 3, 2023 | 3:33 PM

