Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lagu duet ‘Ada’ satukan Afgan dengan juara ‘Indonesian Idol’

Oct 26, 2023 | 5:30 AM
GANDINGAN SERASI: Afgan (kiri) mengambil keputusan menggali semula lagu yang diciptanya tiga tahun lalu tentang kesedihan pasangan yang bakal berpisah dan menetapkan rakan duet lagu itu ialah Lyodra.
GANDINGAN SERASI: Afgan (kiri) mengambil keputusan menggali semula lagu yang diciptanya tiga tahun lalu tentang kesedihan pasangan yang bakal berpisah dan menetapkan rakan duet lagu itu ialah Lyodra. - Foto UNIVERSAL MUSIC

Penyanyi terkenal Indonesia, Afgansyah Reza yang mesra dengan panggilan Afgan, 34 tahun, memilih untuk mengabadikan pengalaman sedihnya melalui perpisahan menerusi lagu terkininya yang berjudul Ada.

Lebih istimewa, Afgan menyampaikan keresahan hatinya bersama pasangan duet, Lyodra, juara Indonesian Idol.

Afgan berkata, lagu Ada ditulis selepas menerima berita insan paling rapat dalam hidupnya, memutuskan untuk berpisah dengan pasangannya, selepas bertahun-tahun menjalinkan hubungan cinta.

“Apabila mendengar berita ini, saya sangat sedih lantas memutuskan untuk meluahkan perasaan saya dengan menulis lagu Ada, dengan harapan mereka dapat kembali bersama suatu hari nanti,” katanya dalam laporan Berita Harian Malaysia (BHM).

Menyentuh soal kerjasama bersama Lyodra, Afgan berkata mereka diperkenalkan di media sosial pada 2023 dan dari situ, hasrat berduet menjadi kenyataan, lebih-lebih lagi apabila saling mengagumi bakat masing-masing.

“Saya dan Lyodra bersama-sama mencari lagu yang sesuai, tapi tidak dapat. Sampai akhirnya, saya diingatkan mengenai lagu Ada yang saya tulis, tiga tahun lalu.

“Saya memperdengarkan kepada Lyodra dan terus beliau suka. Ternyata, lagu ini memiliki waktunya sendiri dan lebih bagus dibawakan berdua,” katanya.

Menurut Afgan, beliau gigih berusaha dalam memastikan lagu Ada dapat dihasilkan sebaik mungkin kerana lagu itu sendiri mempunyai makna yang mendalam kepada dirinya.

“Lagu ini sangat peribadi dan saya sangat sayang kepada lagu ini.

“Lyodra sendiri juga mahu menerokainya. Bekerjasama dengannya sangat menyenangkan, membuat saya yakin hanya Lyodra yang sesuai membawakan lagu ini bersama saya,” ujar Afgan.

Sementara itu, berkongsi mengenai kerjasama bersama Afgan, Lyodra berkata Afgan adalah pasangan yang baik dan sangat merendah hati.

“Kami banyak berbincang mengenai lagu Ada dari awal sehingga lagunya dikeluarkan, bermula daripada rakaman hingga video muzik.

“Afgan memberi kebebasan kepada saya untuk mencuba apa sahaja dan beliau sangat menyokong usaha saya.

“Proses rakaman menyenangkan kerana Afgan menemani dan mengarahkan saya. Jadi, saya berharap ramai suka paduan suara dalam lagu ini.

“Usaha untuk banyak merasai atau menghadam lagu ini dan ia menjadi doa buat mereka yang sedang mengalami konflik dengan pasangan.

“Ingat, apa yang dihadapi anda, ramai juga melaluinya. Semoga dipermudahkan dan langkah diambil agar situasi menjadi lebih baik,” kata Lyodra.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg